Wasiat Rasulullah Kepada Ali karamallahuwajhah

Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat
mandi (hamman) tanpa memakai kain separas pinggang.
Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa
kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat
(mal’un).

Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari
telunjuk dan di jari tengah’. Sesungguhnya itu adalah
apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang
melafazkan istighfar: “ Rabbighfirli fainnahu la
yaghfirul zunuba illa Anta” (Tuhanku, ampunilah daku.
Sesungguhnya tidak ada yang mengampunkan dosa
melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: “Hai
malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui
bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan
Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku
telah mengampuni dia”.

Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta.
Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan
disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan,
bahawasanya benar itu mumutihkan muka dan disuratkan
oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau,
bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta)
itu celaka.

Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat
dan mengadu domba. Bahawasanya orang berbuat demikian
itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi
penghalang kepadanya di pintu syurga.

Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama
Allah, sama ada dusta atu benar kecuali dalam keadaan
darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah
engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak
mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan
nama-Nya.
 

Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki
untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki
engkau setiap hari.

Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-namtah
dan berkelahi dengan memaki hamun dan sumpah seranah.

Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada
akhirnya penyesalan.

Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek
(mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan
mulut,mencerahkan mata dan diredhai Allah, manakala
mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat
amat tidaksenang dengan bau mulut kerana sisa-sisa
makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

Wahai Ali, janganlah engkau melayani perasaan marah.
Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan
fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah
Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau
daripada dikuasai kemarahan dan kembalikan engkau
kepada kesabaran.

Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah
yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan
keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan
daripada Allah.

Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau,
maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan
apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau
kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau
hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan
itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara
penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli keluarga
engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa
persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan
darjat yang tinggi bagi engkau.


ps : Marilah kita bersama menjaga diri daripada kemurkaan Allah. Harap segala dikongsi menjadi Hidayah kepada saya dan semua pembaca.