Freemanson? Illuminati?

Jom pakat beli dan baca artikel didalam buku ni. Tidaklah mahal mana kerana info yang terdapat didalamnya lebih mahal berbanding harga jualan.


Isi yang begitu menarik dan tertarik. Pasti membuat pembaca begitu bimbang akan kesucian agama Islam yang semakin ternoda oleh penganutnya sendiri. Saya syorkan anda membelinya di pasaran.


PERINCIAN BUKU:
Penerbit / Editor Urusan : Mohd Faizal Osman Penulis : Muhammad Nurani Maarif Editor / Pruf / Rekaletak / Aturhuruf Dalaman :Zuryati Isa Konsep Kulit Buku : Abaios/Bert Rekabentuk Kulit :Fadly Halim Muka Surat : 280 bewarna Terbitan : Hijjaz Records Publishing Edaran : Marketing Dept. HRSB Tarikh diPasarkan : Jun 2009 Harga Semenanjung : RM37.90 Harga Sabah / Serawak :RM39.90 Harga Singapore / Brunei : $18.00

Selamat membaca...

Alamak . . .

Sama-samalah kita renungkan...


1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah
s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat."
Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari


Muslim
dah jadi dah..




2)Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang
seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman
mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih


Muslim
mmg betul pon..




3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah
runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"Baginda menjawab; "Apabila telah
bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah


Muslim
AF,AF2,M'sian Idol & Siti Nurhaliza










4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya
kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat
Nasai.


Muslim
masjid putrajaya lawa gak kan?




5)Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga
tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan &
perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.


Muslim
ada anak tak ngaku ada bapak (artis tut...)






6)Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik
& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali
orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak
mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad


Muslim
bole kira laa yng still alive..




7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda
semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'
(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah
orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani


Muslim
george bush




8)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya
di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -
Riwayat Ahmad


Muslim
jiran pon tak bertegur..




9)Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".


Muslim
tight, skirt, tube, spaghetti...


10)Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari
kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat
Thabrani


Muslim
cuba gi tgk..




11)Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir
zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa
berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa
kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka
tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim


Muslim
utusan,berita harian




12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya
sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu &
disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad


Muslim
tgk kes Anwar Ibrahim




13)Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai-sungai" -
Sahih Muslim


Muslim
Dubai dah turun salji

Surat Sayang Dari ALLAH S.W.T.

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kemarin......
 
Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja...... AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk.........
 
Di satu tempat, engkau duduk disebuah kerusi selama lima  belas minit tanpa melakukan apa-apa pun. Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan kabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan. Tetapi engkau tidak melakukannya. Masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap  hari di depannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yang ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali juga kau tidak berbicara kepadaKU.

Saat tidur, KU fikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU, kau sebut. Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu.

AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu. Setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, fikiran atau syukur dari hatimu.

Keesokan harinya...... engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU....... Tapi yang KU tunggu........ tidak kunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU. Subuh........ Zuhur....... Asar.......... Maghrib......... Isya' dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU..... Tanpa ada sepatah kata, tanpa ada seucap do'a, dan tanpa ada rasa, tanpa ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU.........

Apakah salahKU padamu...... Wahai UmmatKU ?  Rezeki yang KU limpahkan, kesihatan yang KU berikan, harta yang KUrelakan, makanan yang KUhidangkan, anak-anak yang KUrahmatkan. Apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU !
 
kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.
Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKU, memohon perlindunganKU dan bersujud menghadapKU...... Yang selalu menyertaimu setiap saat........
 
Pesanan :

Apakah kita memiliki cukup waktu  untuk mengirimkan  surat ini kepada orang-orang yang kita sayangi….??? Untuk mengingatkan mereka bahawa segala apapun yang kita terima hingga saat ini, datangnya hanya dari ALLAH semata-mata.

Wanita Pilihan Lelaki



Satu artikel yang boleh dikongsi bersama wanita yang semakin  membahayakan diri dalam penglibatan agenda Dajjal. Insya-Allah saya akan kongsikan beberapa video berkenaan agenda Dajjal ini.

Pada post kali ini, saya kongsikan apa yang kaum hawa perlu ada ciri pada diri seperti yang kaum adam mahukan. Selamat membaca ye...

Sikap Keibuan : 
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2. 


Keanak-anakkan : 
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah. 


Penuh Pengertian : 
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya. 


Menghargai : 
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga. 


Menjaga Penampilan : 
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?? 


Pandai berbicara : 
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dab berfikiran terbuka


Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri : 
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung. 


Menghormati Diri Sendiri : 
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati


Simpati dan prihatin : 
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona. 

Kod Rahsia Babi . . .

Dipetik daripada http://langgas.blogspot.com/2009/04/kod-e-kod-khinzir-pada-makanan.html dan saya warnakan isi penting. Ambil perhatian dan peka terhadap makanan kita semua. Bukan sahaja diri sendiri bahkan ahli keluarga terutama anak kecil / adik kecil. 


Macam artikel yang dikeluarkan oleh persatuan pengguna Pulau Pinang ramai yang tak yakin atau buat-buat tak nampak. Sedangkan tulisannya itu fakta dan tidak pernah disangkal oleh mana-mana syarikat yang disebut dalam tulisannya.

Rahsia besar ini didedahkan oleh seorang pegawai Badan Pengawasan Ubat dan Pemakanan (POM) di pegal Perancis. Tugasnya mencatat semua kandungan ubat dan makanan yang dikeluarkan secara detail.Prosedur seumpama ini memang ditekankan oleh semua negara Eropah bagi menjamin rakyatnya makan benda yang selamat dan tidak mengancam nyawa.

Ia satu prosedur yang perlu dipatuhi oleh semua pengeluar ubatan dan makanan. Mereka mesti mengishytiharkan semua kandungan makanan dan menjadi kesalahan sekiranya ia disembunyikan daripa pengetahuan umum.

Hampir seluruh negara barat dan Eropah memilih pilihan utama untuk daging ialah daging babi. Di Perancis sahaja terdapat 42,000 penternak. Jumlah kandungan lemak dalam babi sangat tinggi. Namun orang Eropah sendiri menghindari lemak tersebut. Sekitar 60 tahun dahulu lemak-lemak ini dibakar dan dibuang. 

Lemak babi tidak dapat dieksport ke negara-negara  Asia kerana ramainya umat Islam yang sememangnya apa sahaja produk berkaitan babi haram untuk umat Islam. Pada masa dahulu lemak babi pernah disalut kepada peluru-peluru untuk mengelakkan peluru itu berkarat. Apabila diketahui oleh orang-orang Islam produk mereka telah di boikot dan menyebabkan perniagaan mereka terjejas. ( kuasa boikot )

Demi melihat betapa banyaknya keuntungan yang boleh diperolehi sekiranya produk hasil lebihan babi ini dapat diproses ke bentuk lain (Hasil Deriavtif) dan menjadi salah satu bahan kandungan dalam barang-barang tertentu usaha telah digerakkan ke arah itu.

Satu pemasalahan lagi yang dihadapi oleh syarikat-syarikat besar barat dan Eropah ialah kalau kandungan sesuatu produk  itu ditulis dengan kandungan sebenar sudah tentu produk tersebut tidak boleh masuk ke nagara Islam yang merupakan pasaran terbesar. Sekitar 1970-an penulisan lemak babi pada kandungan produk diganti dengan  lemak haiwan. Namun helah ini masih menimbulkan syak dan wasangka kepada pengguna Islam.


Mereka cuba pula menjadikan produk babi kepada bentuk lain (Hasil Deriavatif) Umpamanya produk berasas tulang dijadikan kalsium, fosforus,emulsifier, penstabil makanan dan gelatin. Bila bertukar bentuk dan nama lain, orang sudah tidak bertanya kalsium tu daripada apa. Emulsifier daripada apa. Darah dijadikan vaksin. Orang juga tidak lagi bertanya vaksin apa. Lemak babi dijadikan shortening, perasa dan pewarna tambahan. Orang juga tidak bertanya Shortening tu daripada apa?.

Namun usaha itu tidak juga berjaya sepenuhnya apabila lama-kelamaan helah tersebut berjaya juga dikesan. Syarikat Multibillionare Eropah dan Barat mula memikirkan bagaimana menjadikan kandungan sesuatu produk tidak dipertikaikan. Maka mereka memutuskan untuk membuat kod-kod tertentu ke atas kandungan sesuatu produk yang hanya diketahui oleh Badan Pengawas Makanan dan ubat tanpa diketahui oleh orang ramai.

Kod tersebut diawalkan dengan E-Kod dan E Ingredients yang banyak terdapat dalam ubat gigi,coklat, kek, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin,multi vitamin dan ubat-ubatan. Antara kod E dalam sesuatu produk yang disahkan mengandungi unsur babi ialah :

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Kalau tak silap aku persatuan pengguna Islam ada menyedikan perkhidmatan SMS untuk bertanya tentang E-Kod ini. Tepuk dada tanya selera. Kalau masih sangsi print kod E ini. Anda tengok dahulu pada kandungan jajan atau makanan ringan yang anak anda beli. Namun bukan semua kod E tak boleh dimakan. Ada juga yang boleh di makan selain kod diatas. Jenama makanan ringan yang terkenal banyak menggunakan E kod di atas walaupun didepannya ada logo halal Jakim.

Mengapa terjadi begini kerana kerana E kod ini adalah produk Deriavatif yang bukan dalam bentuk asal dan sudah dinamakan dengan pelbagai nama lain. Sudah tentu perkara ini sukar dipantau dan ditentukan halal dan haramnya. Apa yang kita boleh buat jadilah penapis diri sendiri untuk kesejahteraan keluarga dan umat islam yang lain. 

Wallahu alam.....

Mula Hari Ni...

Assalamualaikum w.b.t kepada pelawat blog hamba kerdil ini. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat dan seterusnya mukmin sekalian yang menjaga dan memperjuangkan agama Islam sehingga kini.

Pertama sekali, sejujur hati saya, hadirnya blog ini bertujuan meluahkan perasaan terpendam dalam diri. Tidak mahu disimpan keseorangan kerana yakin akan kewujudan insan yang bisa menyuluh jalan yang samar2 diharungi.

Telah terpilih Allah untuk saya memikul jawatan Ketua Biro Akademikdan Disiplin. Berat dan besar tanggungjawab tu. Namun saya yakin bahawa semua ini telah termaktub dalam Luh Mahfuz. Firman Allah petikan surah Al-Baqarah, ayat 286 ( terakhir )

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Saya perlu dan mesti terima kenyataan ini walaupun hati masih ragu untuk teruskan. Insya-Allah saya boleh laksanakan dengan baik. Saya perlukan dorongan rakan2 selain kiriman doa Mak dan Abah serta keluarga.

Mungkin ini yang pertama kali disisipkan dalam blog baru, jadi tidak banyak yang dapat dikongsikan. Yang penting, marilah kita bertaqwa dan percantikkan ibadah kita kepada Allah yang Maha Baik. Sangguplah diri anda diperlekehkan hanya kerana melaksanakan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah tegah bukan lagi di amarankan.

Sebelum berundur, renungkan kata Rabi'ah binti Ismail ( Ummu al-Khoir ) ini.

Wahai Tuhanku, aku tidak menyembah-Mu ketika beribadah kepada-Mu kerana inginkan syurga-Mu dan bukan kerana takut api neraka-Mu, akan tetapi aku tahu kerana Engkau tuhanku yang berhak aku beribadah maka aku sembah-Mu.

Wassalam...