Salam Maal Hijrah 1431


Azam?

Dah ada ke belum entah...

Sahabat yang dirahmati Allah sekalian, begitulah jawapan yang selalu diberikan umum apabila ditanya akan Azam baru setiap tahun.

Namun, apakah relevan kita sering mencipta azam baru setiap tahun?

Sedangkan azam lalu masih banyak tertunggak. Tidak habis dicapai lagi azam yang lalu.

Pujangga pernah mendeklamasikan sajak nya,

" contohilah akhlak mulia para wali dan alim ulama walau kita tidak setanding diri mereka kerana sesungguhnya, mencontohi mereka adalah salah satu jalan kemenangan "

SAhabat yang dimuliakan Allah,

Saya menyeru kepada semua agar bersama kita mendalami ilmu agama dan mencari sakinah termulia disisi Allah.

Menambah taat dan amal kepadaNya.

Apa pun, salam Maal HIJRAH 1431 kepada semua...

Rehlah Semalam


Bila tercelik dari lamunan
Tiada yang berbeza
Kemana mimpi yang diimpi
Entah bahagia dikejar sering memalit kecewa

Bertanya kerap kali
Apa sudahnya rehlah ku ini
Membawa khilaf menggunung noda
Masihkah punya ruang keampunan untuk ku

Tika lihat langit tertinggi
Hiba hadir merasuk diri
Mengundang sesal membunuh diri
Jauhnya lagi rentasan dunia
Laksana jauhnya bumi ku jejak menuju bintang di sana

Terang benar purnama menyuluh
Sinar memandu ke jalan hakikat cintaNya
Namun, lindungan awan menyesatkan kembali
Lenguh kaki meniti
Tersadung tersembam ke lantai dosa

Bangkit
Tidak semudah bicara
Taat bersifat mulia
Malang
Dicabul rakus Durjana neraka
Lemah
Tertewas sehingga berputus asa
Berputus pada Rahmat janjiNya

Mana haluanku
Mengharap teman memandu laku
Sampai bila?
Justeru singkap pintu jaya
Tanpa mengharap tangan menghulur
Tangan diatas lebih mulia berbanding tangan dibawah
Sampai bila biar tangan ku dibawah

Ku hanya mengharap doa
Samping tasbih memuji Khaliq
Agar ku BERJAYA
Sentiasa BERJAYA ke akhirnya...
Rayu ku
Pinta ku
Andai terlupa matlamat ku ini
Tegurlah seikhlas nuranimu...

Hari Raya Aidil Adha dan Awal Muharram...


Salam Aidil Adha buat kalian yang menjengah seketika blog saya. Tidak dinafikan doa buat seluruh ummah Nabi Muhammad s.a.w , semoga Aidil Adha ini mampu memberikan kita seribu Rahmat dan Barakah. Sedikit muhasabah bersama kalian sempena Hari Raya Korban ini.

Sememangnya kisah Nabi Ibrahim dan anak baginda, Nabi Ismail menjadi topik utama didalam khutbah. Pengorbanan seorang ayah yang teramat mengasihi anak sendiri. Dihitung adakah kasih antara anak dan bapa lebih berharga berbanding kasih kepada Allah s.w.t. Taat dan Taqwa menjadi buktinya.

Pengorbanan ibu dan ayah kepada kita terlalu penting untuk dihitung selalu. Singkap kembali tabir tatkala bermula kelahiran sehingga mampu membaca blog ini. Pedihnya hati melalui susah payah membesarkan anak tercinta. Pelbagai perkara diteliti dalam memberikan didikan terbaik namun kelemahan diri anak itu sendiri yang membuatkan sesuatu pilihan ibubapa itu kusut.

Sebagai anak yang soleh, beriman dengan sebenar iman. Justeru, taatlah kepada ibubapa biarpun mereka agak merunsingkan kita. Dunia semakin moden...Zaman semakin maju... Ibubapa masih terikutkan zaman mereka. Kita sebagai anak, akurlah dan cuba serasikan kemahuan mereka dengan kemajuan kini.

Pembaca yang budiman, apa yang sering dilupakan ummah berkenaan Hari Raya Aidil Adha ini? Benar... Simpulan itu cuba untuk saya leraikan.

Hampir kini Awal Muharram yang menyusul selepas hadirnya Hari Raya Aidil Adha. Jadi, apa yang lagi yang perlu dipanjangkan dialog ini?

Awal Muharram dan AZAM BARU 1431 Hijrah....

Bersiap awal untuk menyediakan resepi 1431 kita. Segala hutang yang tertunggak sepanjang 1430 perlu dijelaskan. Usah dibawa noda itu bersama ke rumah 'singgahan' kelak. Eh, apa matlamat hidup ye? Masih tidak jelas atau tiada... Teramat hina dan rugi jika tiada matlamat hidup.

Antara perencah utama untuk resepi akan datang sertakan bersama
  1. kenapa hidup?
  2. untuk siapa hidup?
  3. hidup perlukan apa?
Dan jika pembaca ada sebarang perencah lain, emailkan kepada haffiz1988@yahoo.com atau mesej ke 0132457033.

Saya mengundur diri dahulu....

Salam alaik.

Hari Raya Korban


"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)

Daripada firman Allah ini, apa yang betul-betul kita faham dan amalan apa yang mengiyakan firman tersebut? Atau cukup sekadar kita meraikan dengan rutin biasa bila tiba pagi raya.

Bagi saya yang kerdil, puas mengherdik diri untuk menghayati detik bersejarah ini. Bukankah selalu kita diceritakan tentang sejarah Nabi Ibrahim dan anak baginda,Nabi Ismail. Kisah itu benar-benar menguji Iman dan Taqwa kita.

Pada Hari Raya ini cukup untuk kita menzahirkan seketika betapa penting kita sahut seruan Allah didalam ayat 2 petikan surah Al-Maidah, iaitu menyuruh tolong menolong sesama makhluk. Orang kaya bersedekah kepada orang fakir dan memerlukan. Niat ketika bersedekah perlu dijaga dengan sebaiknya agar tidak tergolong didalam orang 'khoosirun'.

Terkenang saya sewaktu raya 2007 lepas. Tidak dapat pulang ke gagang. Banjir yang mencecah 5meer lebih di laluan balik. Polis nasihati agar tidak bergerak kemana-mana. Alamak, duduk di rumahsewa berseorangan. Menangis juga akhirnya. Terdengar takbir bergema dicorong radio. Hanya telefon dapat memahami segala terbeku dihati. Mujur ada kredit untuk ucap kepada Mak.

Terkaku hari ini. Rupanya semua itu adalah kifarah buatku. Sebenarnya, waktu itu saya masih dalam keegoaan tersangat. Rehlah lalu memang memalukan namun, tanpa semalam tidak mungkin hari ini saya mahir bermain ego.

Iktibar terdahulu sebagai pengajaran kini. Puas orang lain berkorban demi melayan karenah nakal saya. Jiwa muda biasa la.... Segala kehendak hati tidak dipenuhi,mangsanya orang terhampir. Sabar mereka itu yang buat saya benar-benar kagum dan menyesal.

Jiwa yang suci berhak dicintai,
Jiwa yang keji usah disimpati...

Keegoan semua itu terhakis selepas setahun bekerja sebagai warden di rumah anak yatim. Ha2,bermain dengan anak kecil memang merumitkan namun korbankan segalanya untuk mencuba sedaya upaya ceriakan mereka yang kehilangan orang tersayang.

Banyak kali, tersentak jiwa apabila episod nakal saya berulang dalam versi terkini lakonan anak yatim ini. Rupanya, banyak boleh kita kaitkan dengan erti korban. Banyak lagi catatan rehlah semalam yang boleh saya kongsi untuk islah diri ke jalan soleh.

Jangan lupa doakan keampunan untuk UMMAT MUHAMMAD dan seluruhnya.

Salam Aidil Adha....

Kuasa Penulisan

Dipetik daripada Blog
http://hajimuhammadzakaria.blogspot.com/2009/11/kuasa-bahan-penulisan.html

Sama sama kita renungkan penulisan beliau ,Haji Muhammad Zakaria

Pada 14 November 2009 (Sabtu) ini, jam 8.30 pagi - 5.30 petang saya akan mengendalikan sutuKursus Penulisan yang bertemakan TINTA DA'IE di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Petaling Jaya bersama penulis yang terkenal dengan jolokan "CINTA" - Pahrol Mohd Juoi.

Urusetia yang menghubungi saya, Siti Zaharah memberitahu,
"Tuan Haji, nanti sentuh dan tolong beri panduan tentang panduan menulis blog yang bermanfaat ya."

Penulisan sememangnya telah memainkan peranan penting dalam perkembangan ketamadunan manusia. Penulisan merupakan salah satu alat komunikasi yang evergreen. Al-Quran apabila diwahyukan tidak cukup dihafal dan dihayati kerana ramai para sahabat yang syahid dalam peperangan bersama hafalan mereka.

Ayat al-Quran akhirnya ditulis pada zaman Khalifah Sayidina Othman Ibnu Affan r.a. Ya, dulu ditulis di atas pelepah dan batang tamar serta diukir di atas belulang unta dan kambing. Kemudian apabila Rasulullah s.a.w. mendengar yang orang di negeri China telah pun menggunakan mesin cetak Baginda bersabda,
"Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China."

Lantas sahabat merintis jalan ke negeri China yang hari ini dikenali sebagai Laluan Sutera (Silk Road). Antara sahabat yang menjadi peneroka ialah seorang daripada sahabat yang dijamin ahli syurga iaitu Zubair bin al-Awwam hingga beliau meninggal dunia dan dimakamkan di China. Ini kepentingan ilmu dan penulisan.

Perkembangan Teknologi Penulisan

Apabila zaman berubah, teknologi percetakan menjadi semakin canggih. Kemudian lahir ciptaan alat penyiaran seperti radio dan televisyen yang juga memerlukan penulis skrip untuk menghasilkan siarannya.

Hari ini teknologi penerbitan telah menjadi bertambah canggih hingga terciptanya internet, lebuh raya multi media, SMS, MMS dan PDA.

Dan pada hari ini juga anak remaja membangun usia dalam ruang litup pendidikan dan tarbiah langit tanpa sempadan. Dan penulisan masih merupakan alat dan senjata asas untuk melunaskan matlamat penggunaan alat-alat tersebut.

Ingatlah, penulisan akan mencatat sejarah. Minda anda mungkin akan lupa, namun penulisan akan mencatat butiran dan renteten perjalanan hidup anda dalam nama diari, memoir dan biografi. Hari ini sejarah perjalanan hidup anda dicatat dalam SMS, blog, facebook dan beberapa banyak media yang seumpamanya.

Penulisan juga mencetak fikiran manusia. Seorang remaja terpengaruh dengan cara hidup dan pola pemikiran sahabatnya yang disebar melalui pergaulan, telefon bimbit dan internet. Kilang melahirkan barangan keperluan untuk hidup anda tetapi anda melalui pengaruh dan pemikiran mampu melahirkan seorang manusia yang bernama kawan melalui penulisan. Dapatkah anda rasakan betapa besar dan hebatnya peranan penulisan.

Berfikir

Penulisan juga mampu membuat manusia berfikir. Penulisan mampu mengubah daya fikir dan cara hidup seseorang ke arah yang lebih bermakna dan bermanfaat mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. semata-mata. Cumanya format dan konsep penulisan hari ini perlu berubah kepada bentuk visual, grafik, foto, ilustrasi, peta minda dan carta supaya setanding dengan bahan-bahan lain yang tak kurang menggoda manusia dengan seribu satu macam hiburan dan ajaran sesat yang melalaikan.

Okay, sekarang anda sudah faham kenapa menulis blog, SMS, e-mel dan sebagainya penting untuk menjadi alat berdakwah. Alat ini menjadi senjata para daie moden.

Foto: Kampung Cumanak berhampiran Gunong Tigo di Padang Alai, Pariaman, Sumatera Barat tenggelam 100 kaki ditelan bumi. Di lokasi ini 300 orang tertimbus ketika menghadiri majlis walimah. Hanya sebilangan kecil jenazah yang ditemui. Khemah majlis kenduri masih berdiri sedih di atas tebing kerana tiada siapa yang masih hidup untuk membukanya. (Foto ihsan: Muhammad Nukman Muqarrin).

Sehari selepas saya pulang dari Padang menyaksikan akibat gempa bumi yang dahsyat itu, seorang kawan mati-mati mahu mencari saya untuk mendapatkan gambar tiga buah kampung yang ditelan bumi di Gunung Tigo, Padang Alai, Pariaman, Sumatera Barat. Katanya dia hendak menayangkan senario itu sebelum memulakan suatu kursus motivasi di sebuah IPT tempatan untuk peserta yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
"Biar remaja ini sedar akan kekuasaan Allah," kata beliau.

Dia datang mencari saya di pejabat saya di Telaga Biru. Dan beliau tersenyum lebar apabila visual tersebut dalam bentuk gambar foto yang diambil oleh jurufoto kami, Muhammad Nukman Muqarrin, akhirnya berjaya disalin.

Foto: Runtuhan rumah akibat gempa di Kampung Sikapak Usang, Tungkal, Pariaman, Sumatera Barat. Visual seperti ini lebih berkesan untuk anda merasai situasi yang tidak dapat anda alami secara personal.


Beliau tidak berpuas hati. Dalam kesibukan beliau memberi latihan, beliau mengambil tiga hari cuti, menempat tikit dan terbang sendirian ke Padang. Baru semalam beliau balik. Katanya, "Ana dapat rasai kebesaran Allah ketika berdiri di pinggir tanah runtuh yang menenggelamkan tiga buah kampung itu."

Itu peranan dan kesan bahan penerbitan.

Wanita Ahli Surga Dan Ciri-Cirinya


Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Surga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.

Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Surga. Diantaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Surga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (QS. Muhammad : 15)

"Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Surga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Surga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan."
(QS. Al Waqiah : 10-21)

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta'ala kelak akan mendapatkan pendamping (istri) dari bidadari-bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, diantaranya :

"Dan (di dalam Surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik." (QS. Al Waqiah : 22-23)

"Dan di dalam Surga-Surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin." (QS. Ar Rahman : 56)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (QS. Ar Rahman : 58)

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (QS. Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Surga dalam sabda beliau : " ... seandainya salah seorang wanita penduduk Surga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Surga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : Sesungguhnya istri-istri penduduk Surga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Diantara yang didendangkan oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Istri-istri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nomor 1557)

Apakah Ciri-Ciri Wanita Surga Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk Surga? Bagaimana dengan istri-istri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi? Istri-istri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Surga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Surga. Pada hakikatnya wanita ahli Surga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki.

Diantara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :
1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

3. Bersaksi bahwa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.

7. Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang mendhaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tua.

15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Surga yang kami sadur dari kitab Majmu' Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423.

Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Surga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta'ala berfirman :

" ... dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar." (QS. An Nisa' : 13).

Saya memetik buah yang enak ini daripada fail abang saya yang belajar di Acheh. Moga wanita yang membaca insaf dan usaha mencontohi sifat terpuji itu.

Apa yang saya tahu, mencontohi sifat orang mulia walaupun kita tidak setara dengan mereka adalah sesuatu yang lebih baik kerana kita berada dijalan kemenangan...

Buku Ahasinul Kalim...Baik Untuk Pemuda


Assalamualaikum ...

Moved my heart to invite you to read books Ahasinul Kalim Syarhul Hikam. Since it has a variety of advice and guidance to know who the next introduce ourselves and to God.

I bought this book in the store Darul Ansar, Kuantan Parade Rm5o only with price. Do not say it is expensive but feasible with the content useful. Could not be found on the streets. So, a little sacrifice for the benefit of continuing.

Some introduction about this book.


Al-Hikam is the plural of "wisdom" means "every word contained in it useful science" or "material useful knowledge" as knowledge Fiqah, knowledge and science of Tawheed Tasawuf.


Al-Hikam contains the essence of Tawheed and solid knowledge about Tasawuf.
Newborn is learning how to analyze themselves pure and clean from the reprehensible characteristics (nature Mazmumah) and take care of all religious and charitable acts to avoid from diseases such as liver dangerous arrogant, riyak and ujub.

Tawhid is closely linked with the Islamic faith to identify the creator of his slaves at a closer (familiar).
99 wisdom-wisdom that includes the al-Hikam talk about the tree of knowledge of Tawheed and the fact that converges to guide them toward the God.


Get immediately in the market before too late ...

regards from me. haffiz

Mata Lebah dan Mata Lalat


Lalat...

Memang sering dikaitkan dengan perkara kotor, busuk dan jijik. Seandainya makanan dan minuman dihinggapi serangga ciptaan Allah ini, pasti kita membuangnya atau jika terpaksa, kita tenggelamkan serangga ini sehingga kedua-dua sayap tenggelam ke dalam air sekiranya minuman. Sabda Rasulullah :

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari.

Lebah...

Madu, perkara manis dan bersih. Jarang dikaitkan dengan perkara kotor kerana mind set kita terbuku menyatakan lebah ialah serangga yang membawa pelbagai kebaikan. Dinyatakan didalam Al-Quran, firman Allah s.w.t :

Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.
(An-Nahl, ayat 69)

Namun saudara sekalian, bukan saya hendak menceritakan tentang lebah dan lalat ini. Tetapi ada suatu iktibar dapat diambil daripada serangga tersebut.

Suatu malam, saya pergi mendengar ceramah disampaikan oleh Ustaz Rujhan. Kebetulan pada masa ceramah diadakan, saya bercuti semester seminggu di rumah Felda Sg Kemahal. Memang seronok mendengar ceramah.

Namun, manusia bila pergi ke majlis ilmu,ada 2 perkara yang dibawa pulang.
Pertama : Hikayat
Kedua : Hidayat

Alangkah rugi jika seseorang itu hanya mampu membawa hikayat. Apa itu? Hikayat ialah sekadar cerita. Contoh ;
"ceramah tadi best. lawak betul ustaz tu. "
"weh,lepas ceramah tadi ada makan.ayam masak kari.fuh...menjilat jari"
"ada ke patut ustaz tadi cerita politik dalam ceramah"
"slow giler ustaz tu bercakap.aku ni ngantuk betul..."

Adapun mohonlah kepada Allah untuk menerima Hidayat dengan berkat majlis ilmu iaitu taman taman syurga yang sentiasa dipayungi para malaikat.

Berbalik Mata Lalat....

Orang yang bersikap suka mencari kesalahan orang lain selayaknya kita memanggilnya bermata lalat. Selalu mencari kelemahan orang dan menghina kesana sini.

Realitinya, apabila diadakan sesuatu majlis...para manusia bermata lalat datang dan mencari kesilapan majlis dan menghebahkan bukan berniat mencari penyelesaian tetapi disusuli kedengkian mendalam. Jahat betul... PerasCukup la setakat itu.

Indahnya Mata Lebah....

Kesilapan yang berlaku tetap dicarinya kebaikan. Kata lainnya, mencari hikmah disebalik perkara yang berlaku. Kelemahan yang selalu disorokkan Allah sebagai kurniaNya, terkadang sengaja ditonjolkan agar menjadikan diri lebih berhati-hati dan peka. Orang yang sebegini selayaknya ditempatkan dibarisan hadapan majlis.

Ujian Allah yang menduga keimanan datang dengan pelbagai bentuk. Sebagai hamba yang kerdil, sepatutnya kita menerima dengan qada' dan qadar dan menerima dengan redha. carilah hikmah di sebalik perkara tersebut.

Mata Lebah mulia kerana perkara kebaikan akan berpanjangan dengan cerita baik dan tauladan sezaman. Tidak terpisah mata lebah dengan perasaan husnu zhon...

Jadi, marilah kita letakkan diri kita diantara Mata Lebah atau Mata Lalat.

Selamat bermuhasabah diri....

Doakan saya terhindar daripada maksiat... Na'uzubillah....

Konvokesyen Ikip 2009

Berdepan dengan situasi cemas begini yang boleh buat saya lebih matang berhadapan dengan cabaran mendatang. Ini boleh dikira satu cabaran dan juga satu penghormatan. Manakan tidak... Suatu masa dulu, saya ini seorang pelajar yang nakal dan sering membuat masalah disiplin sekolah sehingga ke alam Maahad Tahfiz. Errr.... Memang segan berhadapan dengan masyarakat.

Namun, semua ini adalah cerita yang Allah karangkan untuk saya. Pelbagai hikmah tersembunyi disebalik Rehlah Semalam. Tidak perlu dikesali sehingga membawa kepada berputus asa kepada Rahmat Allah. Buktinya... Perjalanan kehadapan ini semakin cerah dan cerah kini. Moga segalanya akan berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang saya impi selama ini.

Bermula kisah seperti dalam gambar....

Ustaz Rashimi, Pengarah Program Student Of Islamic School, diberi tugas mencari qari' untuk membaca Al-Quran sebagai usaha untuk memberkati Majlis Konvokesyen Ikip 2009 di Yayasan Pahang. Saya sukarela membantu dengan mencalonkan qari' yang berkelayakan. Sebelum itu, pelajar Yarmouk memetik nama saya untuk memegang amanah sebagai qari tersebut. Fuh.... Sebagai langkah keselamatan, saya pun membantu dengan mencalonkan orang lain. Besar tanggungjawab tuh...

Hari semakin suntuk. 3hari lagi majlis akan berlang
sung. Sikap ustaz yang mahukan semuanya perfect menjadikan situasi semakin kelam. Kehulu hilir mencari calon.

Tetiba sahaja, panggilan masuk ke nombor saya. Alamak, ustaz telefon !

Rupanya perkara yang cuba saya hindari terpalit sendiri. Sanggup ustaz datang ke rumah sewa di sg isap damai dan mendengar bacaan Quran saya.

"dah sah, awak je la yang baca quran nanti", tegas ustaz.

Balajar demi belajar bermula dengan zero dalam ilmu tarannum. Ustaz Johari daripada PETAMA (Penempatan Orang Asli) di Kuantan, menjadi guru dalam masa berbaki 2 hari.

Tiba pada masa sepatutnya, jejak kaki ke dalam dewan membuat hati berdebar dan asyik hendak terkencing. Kuatkan azam.

Air cond bukan main kuat lagi. Tidak mampu bertahan. Kali pertama pergi buang air kecil dan terus masuk surau. Cuba power suara kali terakhir kononnya. Tarannum memang tiada. Jam semakin meninggalkan 9pagi.

Masuk semula ke dalam dewan sambil diselimuti baju 'kod' hitam. Tidak membantu langsung. Sejuk sampai ke tulang. Pagi tu dah puas saya tidak banyak minum air manis. Air masak 2 botol ada la.

Kali ke-2 ke tandas. Kali ini lepas check out dari tandas, saya terus ke surau semula. Solat Dhuha pula. Harap Allah mudahkan segala hari ku itu. Percubaan kali ini membua
t saya tekad untuk mengaji seperti biasa tanpa tarannum. Walaupun tahu itu akan mengecewakan ustaz, namun adalah lebih baik daripada saya mengaji dengan tarannum bercampur aduk.

Kali ini sudah pun diumumkan ketibaan semua hadirin dan para graduan. Saya tidak boleh keluar lagi daripada dewan. Saat itu semakin hampir.

Allah............ Macam mana nak buat. Hendak terkencing lagi. Ada satu photo tu saya seperti orang sakit. Tahan kencing sebenarnya.

"kini,marilah kita sama-sama mendengar bacaan ayat suci Al-Quran yang akan diperdengarkan oleh adik Muhammad Haffiz Bin Ramli daripada pelajar semester 2, pengurusan institusi islam", juru acara memanggil nama saya.

Menggigil seketika. Bayangkan. Pundi hendak terkucil. Dada berdebar. Janganlah suaru saya terketar masa tu.

Dimulai ta'wuz dan seterusnya.....

Alahamdulillah. Selesai.

Setibanya ke kerusi yang saya duduk, tidak sedar yang kakak dikerusi belakang memerhati kan saya. Saya mengadu kepada kawan sebelah. Tidak tahan hendak kencing. Dah nak terkeluar....

Kakak tu ketawa dengan kawannya selak. Aduh..... Malu betul. ...

Ha2.... Biarpun apa yang berlaku. Saya telah buktikan kepada Dato' Zulkifli, Pengarah Maahad Tahfiz Yayasan Pahang bahawa saya boleh berubah menjadi orang berguna dan bermanfaat kepada masyarakat kini.

Komen Ustaz Rashimi, bagus bacaan tadi. Asalkan mengaji dengan tawadu', rendah diri dan ikhlas, kamu pasti dapat memikat hati para pendengar dengan isi kandungan ayat bacaan kamu tadi.


Begini Martabat Al-Quran?

Al-Quran kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantara Jibril secara mutawatir dalam bahasa Arab,dimulai surah Al-Fatihah diakhiri surah An-Nas,membacanya dikira ibadah.

Tidak perlu dipersoal lagi mukjizat terbesar jujungan mulia Muhammad s.a.w yang sememangnya kekal sehingga kehari ini. Setiap manusia bergelar muslim wajib berpegang kepada kalamullah itu dalam setiap aspek kehidupan. Rukun Iman ke-3 itu juga menjadi suatu lambang syiar Islam berkembang ke setiap pelusuk bumi Allah ini.

Sedikit muhasabah untuk saya berkongsi bersama kalian tentang iman kita kepada Al-Quran.

Gambar disebelah terlalu menjengkelkan mata kita dan sakit sebengkaknya hati melihat penghinaan terhadap kalamullah yang suci itu.

Dipijak dengan kaki berselipar murahan. Entah kemana sebelum itu kaki si Laknatullah itu berjalan sebelum berpijak diatas kitab suci Islam.

Sekadar menghamburkan kata-kata kesat terhadap orang yang melakukan perkara keji tersebut?

Melihat akan perbuatan ini, tanpa kesabaran yang tebal didalam jiwa, pasti meletuskan kekecohan teramat sangat dikalangan ummah sekarang. Berbaloikah sekadar menempik kesana-sini memarahi golongan yang mengusik sensitiviti Muslim?

Persoalan ini kerap bermain diminda saya yang kerdil ini. Tidak saya berniat ingin memprovokasi isu ini tetapi ingin membawa diri kepada persoalan yang lebih mendalam.

Apakah silap kita sebagai Muslim terhadap Kitab Allah ini?

Bagaimana boleh beraninya si kufar menghina Al-Karim ini?

Hah, tepuk dada dan tanya Iman sendiri.

Pada pandangan saya, Al-Quran dihina kerana :

  • Al-Quran tidak lagi menjadi keistimewaan Muslim kerana sikap dan perangai penganut Islam tidak serupa dengan isi kandungan nya.
  • Lemahnya roh Al-Quran kerana ADAKAH SAYA DAN KALIAN MEMBACANYA SETIAP HARI DAN ADAKAH KITA MERASA BIMBANG TIDAK MEMBACANYA DALAM SATU HARI?
  • SAYA DAN KALIAN FASIH MENGAJI AL-QURAN? ILMU TAJWID SEBAGAI CONTOH PAUTAN TERPUTUS DARIPADA AL-QURAN... Ini menjadikan Al-Huda semakin hilang priority dalam Islam.
  • Sensitiviti terhadap Al-Quran kurang terserlah. Isu ini seperti tidak menjadikan Muslim insaf.
Sekadar itu pandangan boleh saya coretkan dalam ruangan kecil ini. Ingatlah , daripada Hadis Sahih , mafhumnya , seorang muslim itu zalim sekiranya tidak membaca 100 ayat daripada Al-Quran dalam satu hari perjalanan hidupnya...

Jujurlah pada diri, apa sumbangan dan hak Al-Quran yang telah kita penuhi...?

Wallahu 'alam...

Aku Boleh Buat Maksiat


"Orang tak de kat bilik. Aku sorang je yang mengadap laptop. Ha2,bebas nak buat apa saje. Layari laman web lucah...guna jari pun boleh", bisik hati kecil si pelayar internet.

"bukan ada orang tau aku beronani (masturbasi) kat dalam tandas atau dalam bilik. diorang tak nampak dan taunya...", gembira betul si tertipu dengan perbuatan buruknya.

"ah...puan tak perasan aku copy and paste assignment ni. leceh nak taip satu persatu. dah dekat plak tu due date. mati r aku", mudahnya meniru pelajar ni.

"sikit je aku makan. kawan aku tak perasan punya la kuih dia kene kebas..." , selamba kawan ni.

Bila berseorangan di tempat yang mudah terdedah kepada dosa, pasti demon (seperti dalam gambar) tersenyum sinis terhadap cucu Adam yang senipis kulit bawang imannya. Bila-bila masa boleh terperangkap dengan rancangan jahatnya.

Dosa dan noda tidak pernah dipisahkan dengan neraka kerana itulah balasan terhadap kederhakaan iman kepada Allah. Firman Allah didalam surah Al-Zalzala (earthquake) bermaksud ;

"maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun,nescaya dia akan menerima ganjarannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun,nescaya dia akan menerima balasannya" -ayat 7 dan 8

Secara adilnya dan jujur terhadap diri kita, ada terdetik takut atau malu kepada Allah sewaktu melakukan maksiat ? Tepuk dada tanya iman...

Kompromi ? Baik, saya ada berita baik untuk semua. Kita semua dibenarkan lari dari ketetapan taklifi yang disyariatkan. Bukan sekadar bukan Islam, orang Islam pun boleh lepas dari tanggungjawab ini.

Tapi bersyarat...

  • Pertama : jangan sesekali meratah rezeki yang diberikan Allah
  • Kedua : teringin membuat noda maksiat, jangan menjejak kaki di bumi ciptaan Allah ini.
  • Ketiga : sekiranya masih teringin berbuat dosa,jangan sampai Allah tahu segalanya. Selindunglah dimana sahaja.
  • Keempat: sekiranya Sakaratul Maut tiba (ajalmu sudah tiba), minta pada malaikat izrail untuk menunda waktu itu semata-mata untuk beri peluang bertaubat.
  • Kelima : paling hebatnya, sekiranya neraka tempat kamu kelak. Katakan kepada malaikat bertugas bahawa kamu tidak mahu ke neraka dan tidak mahu ikut malaikat itu.
Izin saya mengundur diri. Moga artikel ini dapat muhasabah diri kita semua. Sejujurnya, saya juga pernah tertipu dengan perangkap besar demon. Jahat betul syaitan...

Wallahu 'alam...

Perjalanan Yang Panjang


Sakit benar pinggang kerana duduk terlalu lama dalam bas. Manakan tidak,dari Kuantan ke Kelantan. Kelajuan terkadang melebihi had laju dan terkadang kereta berenjin 90-an lebih laju memecut.

Itupun mujur bukan berjalan kaki sepanjang perjalanan. Dunia semakin maju. Musafir para mujahid dahulu hanya unta sebagai Mercedes mereka bagi mengharungi 498km. Bukan dekat !

Daripada telentang kepada meniarap. Mencecah 1 tahun 10 bulan, kaki mula melangkah namun tidak bijak mengatur langkah mereka. Kemana sahaja mahu pergi walau tidak ketahui bahaya yang menanti.

Usia yang bertambah semakin hari semakin mendekati tarikh luput hayat setiap bergelar makhluk. Tumbuhan pasti mati kerana tahap kematangan mencapai had batasan. Manusia juga bakal merasai sakaratul maut. Tidak boleh lari !

Suka saya mengingatkan diri sendiri dan kalian, bekalan apa yang dapat kita bawa bersama sementara peluang menggali perigi amal untuk dimanfaati tika usia hidup dan mati kelak diwarisi yang masih hidup.

Liku perjalanan semestinya beronak duri. Tidak mahir seorang pelayar jika berlayar di lautan sepi. Tiada ombak tiada gelora. Ironinya, lautan semestinya tidak lari dari semua itu. Maka lahirlah seorang pelayar yang mahir bermain situasi.

Ketelusan nurani mencari Ilmu sehingga bermusafir ke Kelantan semata ingin membuang jahil agama dalam diri. Kejora Iman menyudahkan akhir perjalanan ke Mahsyar. Berbekalkan 2keping kad didalam poket jubah biru, memberanikan diri merantau ke tempat orang. Tanpa teman setia, gagah berjalan kehadapan. Syukur, apa yang dihajati termakbul jua.

Saat mencium dahi seorang ulama', itulah kemuncak sakinah dalam jiwa.

Ilmu ditimba, pengalaman tercipta, mematangkan fikiran ke alam nyata. Cabaran teriba semula. saya mula mengatur langkah menyambung perjuangan dakwah.

Dahulu emosi dan ego dibarisan awal kalam. Kini, qana'ah menjadi garis panduan.

Dalam menyampaikan dakwah, zuhudkan diri menyembah Rabbi. Tiada Hidayah dapat diberi melainkan Huda memberi. Menyampaikan suatu kewajipan dan menahan mungkar tidak ternafi.

Saya ingin berkongsi artikel berguna buat Syababal Islam semasa fasad menjagkaui kehidupan.

4 tanggungjawab Remaja Muslim

  1. Kita WAJIB sadar bahwa waktu remaja bukanlah untuk bebas,berfoya-foya, tetapi waktu tersebut WAJIB diisi dengan mencari ilmu pengetahuan dan menghayati Agama Islam. Jadikan waktu tersebut sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan apabila kita semakin tua kelak.
  2. Kita tidak mudah terperdaya dengan unsur-unsur negatif. Ambillah budaya yang baik dari siapapun dalam mencari dan meningkatkan ilmu. Tetapi kekalkan akhlak dan cara kehidupan orang Islam. Kita akan menjadi orang yang paling disegani dan dihormati kelak. Kita akan Mulia di dunia dan di akhirat, insya Allah.
  3. Sebagai remaja, janganlah kita menghabiskan masa berkhayal dengan perasaan cinta dan mencari pasangan. Hal itu tidak membawa banyak hasil. Malah waktu kita yang berharga yang sepatutnya dihabiskan dengan mencari ilmu atau berbakti kepada masyarakat.
  4. Hormatilah Orang Tua kita, walaupun pada pandangan kita mereka tidak memahami jiwa dan perasaan kita. Sesungguhnya, Orang tua kita adalah pintu syurga. Sekiranya kita tidak sependapat dengan mereka maka katakanlah dengan nada yang lembut dan sopan, bukan dengan membentak dan menunjukkan marah.

Sekian dahulu mengundur diri... Perjalanan tidak terhenti tika kita menghembus nafas terakir didunia namun masih panjang ke alam Barzakh dan seterusnya...

Pegang tanggung jawab ini bersama.

Bahaya Mengumpat


Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi.

Di dalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut.


Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang.
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

Bersandar Kepada Rahmat Allah


Setengah dari tanda bahawa seseorang itu bersandar diri kepada kekuatan amal usahanya, iaitu berkurang pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah ketika terjadi padanya kesalahan/dosa.

Laa ilaha illallah : tiada tuhan selain Allah beerti tiada tempat bersandar, berlindung, berharap selain kepada Allah semata-mata. Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha, beramal, adapun hakikat melarang kita bersandar kepada amal usaha itu supaya sentiasa bersandar kepada kurnia petunjuk hidayah Allah. Tanpa petunjuk hidayah Allah beserta kekuatan iman, manakan kita dapat melakukan taat kepada Allah.

Laa haula wala quwwata illa billah : tiada daya upaya kita sebagai makhluk mengelak daripada kesalahan dan tiada kekuatan beramal tanpa bantuan Allah. Jadi, apa nilai amal kita untuk kita bersandar atau berbangga kepada ia.

"katakanlah hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allah kamu boleh bergembira, dan itulah yang lebih baik bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri" -Yunus : 58

Apabila kita dilarang syirik kepada Allah, maka jangan kita syirikkan Allah dengan kekuatan diri. Contoh, bila kita bangun qiamulail(bangun tahajjud) tengah malam lalu dikatakan itu semua atas usaha kita sendiri untuk bangun. Antara yang boleh dikatakan usaha seperti kunci jam loceng, kunci alarm handphone atau sebagainya. Sesungguhnya itu semua pertolongan dan keizinan Allah untuk kita taat kepadaNya.

Tetapi jangan pula kita berputus asa dengan mengatakan Allah tidak pilih diri kita sebagai tetamuNya selepas sekali dua kita tidak dapat melakukan taat. Berdoa dan Istighfar. Mungkin diri kita terlalu kotor untuk selalu berdamping dengan Allah. Jadi, disamping melakukan taat yang difardhukan, perbanyakkan istighfar sucikan hati. Jangan tidak ditambah dengan amalan sunat. Itupun mampu buat Allah sayang pada kita.

Akhlak Seorang Bernama Muhammad


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.


Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,

"anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah RA menjawab, "wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".

"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik,

"Siapakah kamu?"

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)".

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu,
"Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata,

"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia..."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.
Kalaupun tidak mampu kita teladani baginda seratus peratus, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu...