Mula Hari Ni...

Assalamualaikum w.b.t kepada pelawat blog hamba kerdil ini. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat dan seterusnya mukmin sekalian yang menjaga dan memperjuangkan agama Islam sehingga kini.

Pertama sekali, sejujur hati saya, hadirnya blog ini bertujuan meluahkan perasaan terpendam dalam diri. Tidak mahu disimpan keseorangan kerana yakin akan kewujudan insan yang bisa menyuluh jalan yang samar2 diharungi.

Telah terpilih Allah untuk saya memikul jawatan Ketua Biro Akademikdan Disiplin. Berat dan besar tanggungjawab tu. Namun saya yakin bahawa semua ini telah termaktub dalam Luh Mahfuz. Firman Allah petikan surah Al-Baqarah, ayat 286 ( terakhir )

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Saya perlu dan mesti terima kenyataan ini walaupun hati masih ragu untuk teruskan. Insya-Allah saya boleh laksanakan dengan baik. Saya perlukan dorongan rakan2 selain kiriman doa Mak dan Abah serta keluarga.

Mungkin ini yang pertama kali disisipkan dalam blog baru, jadi tidak banyak yang dapat dikongsikan. Yang penting, marilah kita bertaqwa dan percantikkan ibadah kita kepada Allah yang Maha Baik. Sangguplah diri anda diperlekehkan hanya kerana melaksanakan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah tegah bukan lagi di amarankan.

Sebelum berundur, renungkan kata Rabi'ah binti Ismail ( Ummu al-Khoir ) ini.

Wahai Tuhanku, aku tidak menyembah-Mu ketika beribadah kepada-Mu kerana inginkan syurga-Mu dan bukan kerana takut api neraka-Mu, akan tetapi aku tahu kerana Engkau tuhanku yang berhak aku beribadah maka aku sembah-Mu.

Wassalam...

0 komen:

Post a Comment