Kod Rahsia Babi . . .

Dipetik daripada http://langgas.blogspot.com/2009/04/kod-e-kod-khinzir-pada-makanan.html dan saya warnakan isi penting. Ambil perhatian dan peka terhadap makanan kita semua. Bukan sahaja diri sendiri bahkan ahli keluarga terutama anak kecil / adik kecil. 


Macam artikel yang dikeluarkan oleh persatuan pengguna Pulau Pinang ramai yang tak yakin atau buat-buat tak nampak. Sedangkan tulisannya itu fakta dan tidak pernah disangkal oleh mana-mana syarikat yang disebut dalam tulisannya.

Rahsia besar ini didedahkan oleh seorang pegawai Badan Pengawasan Ubat dan Pemakanan (POM) di pegal Perancis. Tugasnya mencatat semua kandungan ubat dan makanan yang dikeluarkan secara detail.Prosedur seumpama ini memang ditekankan oleh semua negara Eropah bagi menjamin rakyatnya makan benda yang selamat dan tidak mengancam nyawa.

Ia satu prosedur yang perlu dipatuhi oleh semua pengeluar ubatan dan makanan. Mereka mesti mengishytiharkan semua kandungan makanan dan menjadi kesalahan sekiranya ia disembunyikan daripa pengetahuan umum.

Hampir seluruh negara barat dan Eropah memilih pilihan utama untuk daging ialah daging babi. Di Perancis sahaja terdapat 42,000 penternak. Jumlah kandungan lemak dalam babi sangat tinggi. Namun orang Eropah sendiri menghindari lemak tersebut. Sekitar 60 tahun dahulu lemak-lemak ini dibakar dan dibuang. 

Lemak babi tidak dapat dieksport ke negara-negara  Asia kerana ramainya umat Islam yang sememangnya apa sahaja produk berkaitan babi haram untuk umat Islam. Pada masa dahulu lemak babi pernah disalut kepada peluru-peluru untuk mengelakkan peluru itu berkarat. Apabila diketahui oleh orang-orang Islam produk mereka telah di boikot dan menyebabkan perniagaan mereka terjejas. ( kuasa boikot )

Demi melihat betapa banyaknya keuntungan yang boleh diperolehi sekiranya produk hasil lebihan babi ini dapat diproses ke bentuk lain (Hasil Deriavtif) dan menjadi salah satu bahan kandungan dalam barang-barang tertentu usaha telah digerakkan ke arah itu.

Satu pemasalahan lagi yang dihadapi oleh syarikat-syarikat besar barat dan Eropah ialah kalau kandungan sesuatu produk  itu ditulis dengan kandungan sebenar sudah tentu produk tersebut tidak boleh masuk ke nagara Islam yang merupakan pasaran terbesar. Sekitar 1970-an penulisan lemak babi pada kandungan produk diganti dengan  lemak haiwan. Namun helah ini masih menimbulkan syak dan wasangka kepada pengguna Islam.


Mereka cuba pula menjadikan produk babi kepada bentuk lain (Hasil Deriavatif) Umpamanya produk berasas tulang dijadikan kalsium, fosforus,emulsifier, penstabil makanan dan gelatin. Bila bertukar bentuk dan nama lain, orang sudah tidak bertanya kalsium tu daripada apa. Emulsifier daripada apa. Darah dijadikan vaksin. Orang juga tidak lagi bertanya vaksin apa. Lemak babi dijadikan shortening, perasa dan pewarna tambahan. Orang juga tidak bertanya Shortening tu daripada apa?.

Namun usaha itu tidak juga berjaya sepenuhnya apabila lama-kelamaan helah tersebut berjaya juga dikesan. Syarikat Multibillionare Eropah dan Barat mula memikirkan bagaimana menjadikan kandungan sesuatu produk tidak dipertikaikan. Maka mereka memutuskan untuk membuat kod-kod tertentu ke atas kandungan sesuatu produk yang hanya diketahui oleh Badan Pengawas Makanan dan ubat tanpa diketahui oleh orang ramai.

Kod tersebut diawalkan dengan E-Kod dan E Ingredients yang banyak terdapat dalam ubat gigi,coklat, kek, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin,multi vitamin dan ubat-ubatan. Antara kod E dalam sesuatu produk yang disahkan mengandungi unsur babi ialah :

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Kalau tak silap aku persatuan pengguna Islam ada menyedikan perkhidmatan SMS untuk bertanya tentang E-Kod ini. Tepuk dada tanya selera. Kalau masih sangsi print kod E ini. Anda tengok dahulu pada kandungan jajan atau makanan ringan yang anak anda beli. Namun bukan semua kod E tak boleh dimakan. Ada juga yang boleh di makan selain kod diatas. Jenama makanan ringan yang terkenal banyak menggunakan E kod di atas walaupun didepannya ada logo halal Jakim.

Mengapa terjadi begini kerana kerana E kod ini adalah produk Deriavatif yang bukan dalam bentuk asal dan sudah dinamakan dengan pelbagai nama lain. Sudah tentu perkara ini sukar dipantau dan ditentukan halal dan haramnya. Apa yang kita boleh buat jadilah penapis diri sendiri untuk kesejahteraan keluarga dan umat islam yang lain. 

Wallahu alam.....

Mula Hari Ni...

Assalamualaikum w.b.t kepada pelawat blog hamba kerdil ini. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat dan seterusnya mukmin sekalian yang menjaga dan memperjuangkan agama Islam sehingga kini.

Pertama sekali, sejujur hati saya, hadirnya blog ini bertujuan meluahkan perasaan terpendam dalam diri. Tidak mahu disimpan keseorangan kerana yakin akan kewujudan insan yang bisa menyuluh jalan yang samar2 diharungi.

Telah terpilih Allah untuk saya memikul jawatan Ketua Biro Akademikdan Disiplin. Berat dan besar tanggungjawab tu. Namun saya yakin bahawa semua ini telah termaktub dalam Luh Mahfuz. Firman Allah petikan surah Al-Baqarah, ayat 286 ( terakhir )

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Saya perlu dan mesti terima kenyataan ini walaupun hati masih ragu untuk teruskan. Insya-Allah saya boleh laksanakan dengan baik. Saya perlukan dorongan rakan2 selain kiriman doa Mak dan Abah serta keluarga.

Mungkin ini yang pertama kali disisipkan dalam blog baru, jadi tidak banyak yang dapat dikongsikan. Yang penting, marilah kita bertaqwa dan percantikkan ibadah kita kepada Allah yang Maha Baik. Sangguplah diri anda diperlekehkan hanya kerana melaksanakan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah tegah bukan lagi di amarankan.

Sebelum berundur, renungkan kata Rabi'ah binti Ismail ( Ummu al-Khoir ) ini.

Wahai Tuhanku, aku tidak menyembah-Mu ketika beribadah kepada-Mu kerana inginkan syurga-Mu dan bukan kerana takut api neraka-Mu, akan tetapi aku tahu kerana Engkau tuhanku yang berhak aku beribadah maka aku sembah-Mu.

Wassalam...

Adakah Saya Munafik???

Salam rindu buat tatapan pembaca blog saya. Selawat dan salam buat Nabi junjungan, Muhammad bin Abdullah dan kaum keluarga baginda seterusnya sahabat radiallahu anhum serta muslimin muslimat sekalian.

Sekian lama tidak menari jari saya di atas papan kekunci laptop saya. Ini kali pertama saya menaip menggunakan laptop sendiri. Hasil usaha dalam menggapai kecemerlangan dalam pelajaran, ayah memberi hadiah laptop ini. Selain hadiah, saya anggap ia sebagai tanda ingatan ayah kepada saya. Usianya yang menghampiri penamat lakonan dipentas dunia, entah bila-bila masa bakal dijemput Allah. Saya bersedia hadapi saat getir itu. Pernah saya beritahu abang untuk mendoakan ayah sempat lihat saya berjaya menjunjung skroll diatas pentas. Jawab abang, "bukan itu yang abah harapkan tetapi, kejayaan yang teramat dia inginkan ialah anak-anaknya ada disamping abah meninggal dunia. Sakitnya tidak ditanggung sendirian tetapi diringankan dengan doa anaknya yang taat dan ingat kepada abah."

Terbayang seketika, bagaimana perasaan seorang anak yang sanggup tinggalkan ayahnya di perhentian bas selepas ayahnya menjalani pembedahan jantung. Kisah ini zahir didada akhbar. Semoga anak itu sempat taubat dan memohon ampun kepada ayahnya. REDHA ALLAH PADA REDHA KEDUA IBUBAPA.


Kalian yang dimuiakan Allah,
Saya sering bertanya kepada diri, kenapa saya sering tewas dengan tipu daya syaitan. Terlalu sukar untuk istiqamah dalam taat kepada Allah. Bimbang teramat sangat andai saya ditetapkan untuk singgah di neraka yang penuh dengan kesakitan dan penyeksaan. Bukan perkara yang boleh dibuat gurauan. Api yang membakar berkali ganda panasnya didunia.

Apakah silap saya sehingga Allah membiarkan saya terjerumus dalam rancangan jahat syaitan itu. Berkali kali mohon perlindungan. Saya sedar saya bukan seorang maksum tetapi janganlah sehingga noda yang tercalit itu begitu berat sehingga hampir saya terlupa bahawa Rahmat dan Pengampunan-Nya sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.

Semoga Allah merahmati kalian,
Kelemahan saya yang selalu menjadi bahan mainan syaitan ialah nafsu. Bukan mudah mengawal nafsu yang memberontak setiap kalinya. Tambahan dunia sekarang terlalu mencabar. Asal keluar rumah, bermacam-macam ragam manusia yang berbeza jantina ditontonkan Allah. Istighfar tidak terputus. Harapnya, Istighfar itu dapat menggantikan dosa mata yang bertambah semakin lama berada di kawasan awam.

Selama ini, orang panggil saya ustaz kerana perwatakan yang terbiasa dengan kemas dan islamic. Panggilan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada perbuatan saya. TERBATAS. Itu yang paling tepat untuk saya katakan. Saya tidak bebas seperti rakan lain. Allah kenalkan saya dengan pelbagai insan yang patuh kepada Allah. Mungkin itu yang Allah takdirkan sebagai tanda pengaduan saya agar dilindungi daripada maksiat dimakbulkan-Nya.

Sesekali menilai diri. Adakah saya MUNAFIK?
Balasan kepada orang munafik seperti digambarkan didalam buku karangan Syaikh Mahir Ahmad Ash-Shufi, MENGINTIP NGERINYA NERAKA. Antara nukilan beliau, (mengikut ulasan saya) para munafik ketika meniti titin sirat yang menjadi jambatan kepada hala tuju destinasi penentuan terhadap amal didunia ini. Munafik ini akan disambar dengan pencakup yang tajam seperti mata kail tajamnya. Setelah dicangkup, dilemparkan ke dalam neraka. Untuk sampai kepada dasar neraka memakan masa selama 40 tahun diakhirat ( 1000 kali ganda masa dunia). Sudah tu, apabila tiba ke dasar, diseksa pula dengan pelbagai penyeksaan. Cukuplah dengan kengerian seksaan terhadap tahanan Guantanamo. Lebih daripada itu seksaan di neraka.

Apa yang membingungkan saya, keburukan saya sering aktif tatkala sendirian. Bagi saya, bukan berniat munafik tetapi saya berusaha mengislah diri. Bukan mudah meninggalkan tabiat buruk dengan serta merta. Namun, perlakuan itu membuat saya menganggap diri ini munafik. Dalam erti kata lain, bermuka-muka dihadapan orang. Betul ke saya begitu?

Yang mampu memberi jawapan ialah Iman.

Semoga dapat kita bersama muhasabah diri dan mecari redha Allah. Wallahu 'alam.

Seminggu Berlalu

Assalamualaikum w.b.t

Genap seminggu kembali daripada bumi Padang, Sumatera Barat. Mesej ikhwan disana kerap menghadirkan diri saya seolah olah masih berada disisi mereka. Setiap mesej yang diterima menanyakan, "kapan saudara ke pariaman lagi?"

Buntu untuk membalas kerana bimbang jawapan yang akan dilontar mengecewakan. Semahunya memang teringin penuhi hasrat hati saya. Perkara yang bermain diminda tidak pernah memenangkan emosi. Hikmah yang agung disebalik kesederhanaan ekonomi keluarga yang tidak pernah keluar daripada masalah kewangan telah membantutkan niat sebenar. Hanya lafaz insya Allah terbit dibibir tanda hamba bertawakal kepada Nya.

Saya kini berada di alam nyata. Rehlah semalam memberi Hidayah berterusan hendaknya. Ternyata Allah mendengar pengaduan saya. Ingin kuat semangat dan pertambahan Iman setiap hari dan bermula dengan mudahnya saya bangun Subuh sehingga pelbagai dorongan ke arah keredhaan Nya.

Terkadang darah merah saya masih tidak terkawal. Mazmumah melebihi Mahmudah. Trauma dosa kelmarin melemahkan diri. Kata-kata halusinasi menghina diri seolah-olah tiada tempat bagi saya disamping Allah yang Maha Mulia. Dahulu, saya sering dihina kerana kenakalan.. Guna duit mak ayah tanpa kebenaran. Boleh dikatakan saya pelajar 'wanted' kerana staff di pejabat sekolah menengah mengenali saya. Yang pasti bukan kerana kepintaran. Sudah nasib badan. Kebaikan yang kita lakukan seharian tidak perlu dizahirkan kepada umum namun kesilapan yang seketika dek kerana cetek akal memikirkan akibat buruk sesuatu perbuatan.

Itu semua sejarah. Apa pun, saya yakin sudah semakin bersih. Abah yang pernah teriak sambil tuding jari telunjuk ke muka saya sambil teriak, "kamu anak tak berguna. menyusahkan betul. sikit pun aku tak percaya kat kamu". Hari ini, abah rindu bila saya jarang pulang rumah. Siapa lagi yang sanggup potong kuku dia sambil mulut berleter marah-marah. Kuah gulai pun siapa lagi yang mahu tuangkan. Hehe... Bukan membodek tetapi perasaan sayang hadir setelah merenung wajah sayup mak abah sewaktu mereka tidur. Lucu juga tengok mak tidur ternganga. Letih betul dia. Abah semakin tua semakin melarat sakitnya. Perut seperti kandungkan adik baru untuk saya.

Sahabat sekalian, drama yang saya lakonkan sepanjang di Padang dengan pengarahnya kita semua tidak dapat melihat (Allah) memang memberikan keinsafan. Apa tindakan kita selepas mengetahui masalah saudara seislam kita? Kita ada berdoa untuk mereka? Sejujurnya, tanyalah Iman dan beringatlah setiap kali kita merasakan malas untuk beramal soleh dan taat kepada Allah sedangkan suasana disekeliling kita selesa dan damai... Mereka yang berada di dalam tidak keharuan dan kurang selesa, tidak berumah, sukar mendapatkan air, mampu lagi mereka beramal soleh kepada Nya.

Waktu ini, saya hanya mengharapkan Allah tetapkan hati. Sudilah ya Allah untuk saya menjadi tetamu Nya di Makkah. Teringin sujud di depan Kaabah sebelum ajal. Usia mungkin muda tetapi entah esok milik saya lagi nyawa ini mungkin.

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya.

Hari Terakhir Di Padang

02 Januari 2010

Segalanya diharapkan menjadi ceria buat semua yang diuji Allah. Kami bertolak ke lapangan terbang pada jam 6.00 pagi. Saya berharap dapat berjumpa dengan Febri sebelum naik kapal terbang. Teringin bergambar kenangan dan nasihat yang terakhir mungkin sebelum berpisah. Bersalaman dengan Ustaz Ridhuan dan melambai pisah ke rumah tumpangan yang telah banyak saya dermakan darah untuk nyamuk disana.

Hampir jam 7.00 pagi, kami tiba di lapangan terbang. Saya begitu terasa sayup walaupun hanya seminggu disini. Bertambah terharu melihat Febri dan ayahnya menunggu di lapangan terbang. Kami bergambar dan peluk untuk berpisah. Sempat jua saya berjumpa dengannya. Sebenarnya, saya masih lemah untuk menghadapi saat perpisahan dengan orang yang saya sayangi. Mudah saya sayangi orang lain dan tidak mampu berpisah. Bukan mudah menghadapi saat ini. Wajah saya memegang skrol kejayaan ditemani ibu dan ayah menguatkan diri. Saya mesti jalan kehadapan. Biar apa yang berlaku, saya tetap mesti berjaya dan bermanfaat kepada orang lain.

8.30 pagi, kami terbang meninggalkan bumi Minangkabau dengan kenangan mendalam. Insaf memikirkan masalah saudara. Apa kemampuan saya untuk ceriakan mereka selain berdoa di dalam solat.

10.30 pagi, waktu malaysia, kami tiba. Sepanjang perjalanan di atas pesawat, saya terasa kerdil apabila melihat kerdilnya makhluk dibumi. Selama ini sekadar di kaca tv kelihatan tetapi saya sudah merasainya kini. Kami disambut oleh seketariat HALUAN di pintu keluar. Bersyukur kerana selamat tiba di Malaysia. Kami kemudiannya melakukan sedikit muhasabah dan post moterm aktiviti di Padang.

1.00 t/hari, abang jemput dan balik....

Saya begitu berharap semoga keberadaan saya di Padang dapat mengukuhkan lagi Iman dan Taqwa kepada Allah. Azam untuk kali ini, saya ingin menjejak kaki ke Bumi Mekah. Ingin berdoa dihadapan Kaabah agar ummah Islam bersatu dan saling bantu membantu. Iman saya bertambah dan dilindungi Allah sentiasa. Taqwa kepadanya. Keluarga saya juga dipayungi Rahmat dan Rahim Nya. Petunjuk dan Hidayah Allah sentiasa bersama kami sekeluarga. Saya paling mahukan ayah menjadi Imam solat untuk 2 rakaat bersama keluarga sudah dikira kepuasan diri saya. Saya mahukan cemerlang didunia dan Akhirat... Insya Allah dakwah berterusan. Islam gemilang hingga keakhirnya...

Misi Kemanusiaan Padang6

01 Januari 2010

4.00 pagi, perlu bersiap awal. Sujud Sejadah di masjid. Mak saya sering membebel jika terlepas ikuti sujud sejadah setiap pagi jumaat. Macam-macam dikatakannya. Sudah terbiasa kini.

7.25 pagi, bersarapan awal selepas bermesyuarat sesudah subuh. Kami akan menuju ke Aur Malintang. Menyampaikan sumbangan kepada Bu Nita tidak silap saya. Sambil itu, kami singgah berhenti di Aur Malintang. Kehebatan Allah mencipta makhluk bernama ikan gariang dan kulari (sumber penduduk tempatan). Besar dan gelap warnanya. Air sungai yang tohor menambah keindahan ciptaan. Pengunjung boleh melihat ikan tetapi tidak dibenarkan menangkapnya kerana dipercayai boleh mendatangkan mudarat. Ikan ini hanya boleh dimakan ciek stahun. (sekali setahun) iaitu pada hari Maulud Nabi Muhammad s.a.w.
Pak Cik Shukri terjatuh kerana aksi stunt tidak menjadi. BAtu licin dijaknya lalu tergelincir dan luka di kepala serta betis lebam sedikit.

10.00 pagi, kami kembali ke kampung angkat untuk memastikan sumur siap dibina. Mesin diaktifkan dan air mata air mula keluar melalui saluran paip.

12.30 t/hari, bersolat jumaat di Masjid kampung angkat HALUAN.
Sumber air semata-mata mengharapkan air hujan yang turun. Andai kemarau berlaku, maka keringlah kolam takungan. Maka akan menambah kesukaran jemaah mengambil wudu'.
Suasana di dalam masjid begitu menyayat hati. Gempa menyebabkan pemandangan dalam masjid cacat. Lantai yang tidak berkarpet seperti di Malaysia. Mimbar yang dhaif. Menitis air mata apabila saya melihat wajah jemaah setempat. Bagaimana selesa kita di Malaysia berbanding mereka di sini. Namun, hakikat Iman bisa menguatkan semangat mereka disini. Tarbiah perlu diambil daripada kifarah yang diberikan Allah. Tanda Dia sayangi kita ialah melalui ujian Nya.
Mengejutkan saya... Pak Khatib ,Pak Imam dan kepala Desa menghisap rokok didalam rumah Allah ini. Tepuk dahi saya...

2.00 petang, kami makan di Pantai Pauh, Restauran Pincalang. Pekerjanya berasal daripada Johor kerana ibubapanya berpindah daripada Indonesia ke Johor dan melahirkannya di Johor. Sewaktu membayar, saya bercanda dengan pekerja tersebut dan he he... dapat diskaun 5,000 rupiah.

4.32 petang, Ustaz Naufal membawa kami ke Kota PAdang iaitu pusat gempa bumi. Saya takjub melihat bangunan yang runtuh akibat gempa seperti dipilih Allah. Penduduk berkata, gempa ini menyucikan bandar daripada aktiviti kotor pelacuran (wasata).
Kami membeli buku di kedai Mardhotillah. Pak Cik Zainal belanja saya 50,000 rupiah. Dapat membeli buku Mengintip Ngerinya Neraka. Duit saya sudah dihabiskan di Masjid dan penduduk di lokasi aktiviti medic dan trauma healing kami. Lagipun duit yang di pegang adalah duit HALUAN yang berikan. Bukan milik saya. Saya perlu kembalikan kepada yang perlu menerima wang tersebut.

8.15 malam, kami meraikan majlis perpisahan antara sukarelawan Indonesia dan HALUAN di Restauran DAun Pisang. Sebelum itu, kami sukarelawan HALUAN di bawa merasai sate Danguang DAnguang.
Majlis perpisahan dimulakan dengan ucapan Pak Cik SHukri dasusuli Ustaz Fazrol dan Ustaz Ridhuan selaku pihak sukarelawan Indonesia. Sedih juga kerana Febri tiada waktu itu.

10.00 malam, kami bersurai dan pulang ke rumah tumpangan.
Malam ini tokey berniaga. Pak Cik ZAinal sihat dan mahukan tenaga lebih. Esok kami berangkat pulang. Di Dalam fikiran saya, adakah dapat ketemu mereka lagi dan Febri khususnya. Saya suka dengar dia berkata mengikut loghat Minangkabau. Teringin ceriakan dia lagi. Dia pernah beritahu, ayahnya sering sibuk bekerja dan walaupun dia temani ayahnya memandu bas, terasa jauh dengan kebahagiaan. kalau saya perdana menteri, teringin dapatkan kerja untuk ayahnya yang pasti banyak masa diluangkan bersama keluarga.
Saya sendiri pernah merasai perasaan terasing kerana anak kedua bongsu. Adik yang sering dapat belaian. Manja pula tu dia nya. Saya selalu ditinggalkan abah sebab nakal sangat kot. SAya tidak mahu ada lagi orang yang merasai perasaan sedih seperti saya dahulu.

Misi Kemanusiaan Padang5




31 Disember 2009


4.30 pagi,
lewat sedikit bangun tidur. Pagi lagi perut saya meragam. Kuat makan mungkin. Terlewat ke Masjid. Pagi ini, terasa luar biasa. Terpandang di langit dan terlintas di fikiran. SAya di bumi Minangkabau sekarang. Kemana pergi sekalipun, terasa Ihsan kepada Allah. Kenapa sedih selubungi jiwa. Saya biarkan berlalu.


6.15 pagi,
Adam dan ibubapanya kembali pulang ke Malaysia. Ustaz Naufal menghantar ke lapangan. Saya dan sukarelawan lain berehat. Terlupa catatkan. Pak Cik Zainal demam semalamnya. Dia pakai stokin dan berselimut tebal seperti orang mengandung. Saya berikan ubat yang dinasihatkan Dr Roslan. Pagi ini tokey Radix tidak berniaga kerana demam.


8.00 pagi,
Ustaz Naufal menjemput kami dan bersarapan pagi di kedai 1000 kenyang. Pak Cik Abdullah selesaikan hutang semalam iaitu 3 tea manis tidak berbayar. Kini halal sudah. Operasi kami sepanjang hari ini di kampung angkat HALUAN. Kami diamanahkan untuk membina sumur bertujuan meringankan beban penduduk kampung mendapatkan air.

Miong Aji berusia 70-an. Katanya untuk mendapatkan air, dia perlu ke sungai jaraknya 500m daripada rumahnya di atas bukit. Bekerja sebagai pesawah dan bertani untuk menampung keluarga yang semakin ramai. Dia dibantu anak dan menantu jua. Rumah telah runtuh akibat gempa bumi.
Selain daripada saya dan mak cik Noriah, sukarelawan lain berusaha mendapatkan sumber mata air sedalam 10m dalamnya ke dasar bumi. Saya menebas rumput sekeliling bagi menerangi laluan ke sumur. Miang rumput menyebabkan tangan saya gatal-gatal dan segan menghulurkan tangan kepada orang lain. Pak Cik Zainal yang demam turut membantu dapatkan sumber mata air. Pak Cik Abdullah yang kerap kali terjatuh ke dalam lubang air ditertawakan yang lain.

2.00 petang,
sebahagian sukarelawan dihantar pulang rumah kerana perlu bersiap memenuhi jemputan Radio Damai 101.4fm. Pihak radio ingin menemuramah 3 orang sukarelawan iaitu Pak Cik Shukri, Pak Cik BAdri dan Mak Cik Noriah.


5.00 petang,
kami tiba di pejabat Radio Damai. Secara tiba-tiba, Mak Cik Noriah tarik diri daripada ditemuramah. Saya dipaksa mengisi kekosongan. Mujur sudah terbiasa berhadapan situasi ini. Memang muka dibuli selalu. maklumlah, saya paling muda dalma team-10 ini. Pengalaman pertama berkeudara di corong radio. Ha ha...
Di MAlaysia mungkin mustahil tetapi di Indonesia, merasa juga. Abang saya Ustaz Soleh sering kedngaran suaranya di corong Radio Pahang setiap jam 6petang pada hari Isnin dan Rabu. Kini,adiknya di Radio Damai 101.4fm...


9.00 malam,
kami dibawa ke Restoran Daun Pisang. Makan boleh tahan. Sewaktu Pak Cik Abdullah membayar bil, lagaknya ala orang kaya. Katanya kepada saya. "wah, 300,000 kita malam ni. Mewah betul" Kami membayar makanan Ustaz Ridhuan dan keluarganya sekali. Sebagai tanda penghargaan keberadaan kami di rumahnya.


10.00 malam,
Doktor untuk aktiviti medic tiada jadi kami mengemaskan ubat mengikut jenis masing-masing. Semua bekerja sama. Terharu melihat Pak Cik Zainal dan Pak Cik BAdri membantu bersama. Mereka sudah berlenjun dengan air ketika mencari sumber mata air di kampung angkat siangnya tadi, malam menyusun ubat pula. Hebat sukarelawan HALUAN.