Misi Kemanusiaan Padang6

01 Januari 2010

4.00 pagi, perlu bersiap awal. Sujud Sejadah di masjid. Mak saya sering membebel jika terlepas ikuti sujud sejadah setiap pagi jumaat. Macam-macam dikatakannya. Sudah terbiasa kini.

7.25 pagi, bersarapan awal selepas bermesyuarat sesudah subuh. Kami akan menuju ke Aur Malintang. Menyampaikan sumbangan kepada Bu Nita tidak silap saya. Sambil itu, kami singgah berhenti di Aur Malintang. Kehebatan Allah mencipta makhluk bernama ikan gariang dan kulari (sumber penduduk tempatan). Besar dan gelap warnanya. Air sungai yang tohor menambah keindahan ciptaan. Pengunjung boleh melihat ikan tetapi tidak dibenarkan menangkapnya kerana dipercayai boleh mendatangkan mudarat. Ikan ini hanya boleh dimakan ciek stahun. (sekali setahun) iaitu pada hari Maulud Nabi Muhammad s.a.w.
Pak Cik Shukri terjatuh kerana aksi stunt tidak menjadi. BAtu licin dijaknya lalu tergelincir dan luka di kepala serta betis lebam sedikit.

10.00 pagi, kami kembali ke kampung angkat untuk memastikan sumur siap dibina. Mesin diaktifkan dan air mata air mula keluar melalui saluran paip.

12.30 t/hari, bersolat jumaat di Masjid kampung angkat HALUAN.
Sumber air semata-mata mengharapkan air hujan yang turun. Andai kemarau berlaku, maka keringlah kolam takungan. Maka akan menambah kesukaran jemaah mengambil wudu'.
Suasana di dalam masjid begitu menyayat hati. Gempa menyebabkan pemandangan dalam masjid cacat. Lantai yang tidak berkarpet seperti di Malaysia. Mimbar yang dhaif. Menitis air mata apabila saya melihat wajah jemaah setempat. Bagaimana selesa kita di Malaysia berbanding mereka di sini. Namun, hakikat Iman bisa menguatkan semangat mereka disini. Tarbiah perlu diambil daripada kifarah yang diberikan Allah. Tanda Dia sayangi kita ialah melalui ujian Nya.
Mengejutkan saya... Pak Khatib ,Pak Imam dan kepala Desa menghisap rokok didalam rumah Allah ini. Tepuk dahi saya...

2.00 petang, kami makan di Pantai Pauh, Restauran Pincalang. Pekerjanya berasal daripada Johor kerana ibubapanya berpindah daripada Indonesia ke Johor dan melahirkannya di Johor. Sewaktu membayar, saya bercanda dengan pekerja tersebut dan he he... dapat diskaun 5,000 rupiah.

4.32 petang, Ustaz Naufal membawa kami ke Kota PAdang iaitu pusat gempa bumi. Saya takjub melihat bangunan yang runtuh akibat gempa seperti dipilih Allah. Penduduk berkata, gempa ini menyucikan bandar daripada aktiviti kotor pelacuran (wasata).
Kami membeli buku di kedai Mardhotillah. Pak Cik Zainal belanja saya 50,000 rupiah. Dapat membeli buku Mengintip Ngerinya Neraka. Duit saya sudah dihabiskan di Masjid dan penduduk di lokasi aktiviti medic dan trauma healing kami. Lagipun duit yang di pegang adalah duit HALUAN yang berikan. Bukan milik saya. Saya perlu kembalikan kepada yang perlu menerima wang tersebut.

8.15 malam, kami meraikan majlis perpisahan antara sukarelawan Indonesia dan HALUAN di Restauran DAun Pisang. Sebelum itu, kami sukarelawan HALUAN di bawa merasai sate Danguang DAnguang.
Majlis perpisahan dimulakan dengan ucapan Pak Cik SHukri dasusuli Ustaz Fazrol dan Ustaz Ridhuan selaku pihak sukarelawan Indonesia. Sedih juga kerana Febri tiada waktu itu.

10.00 malam, kami bersurai dan pulang ke rumah tumpangan.
Malam ini tokey berniaga. Pak Cik ZAinal sihat dan mahukan tenaga lebih. Esok kami berangkat pulang. Di Dalam fikiran saya, adakah dapat ketemu mereka lagi dan Febri khususnya. Saya suka dengar dia berkata mengikut loghat Minangkabau. Teringin ceriakan dia lagi. Dia pernah beritahu, ayahnya sering sibuk bekerja dan walaupun dia temani ayahnya memandu bas, terasa jauh dengan kebahagiaan. kalau saya perdana menteri, teringin dapatkan kerja untuk ayahnya yang pasti banyak masa diluangkan bersama keluarga.
Saya sendiri pernah merasai perasaan terasing kerana anak kedua bongsu. Adik yang sering dapat belaian. Manja pula tu dia nya. Saya selalu ditinggalkan abah sebab nakal sangat kot. SAya tidak mahu ada lagi orang yang merasai perasaan sedih seperti saya dahulu.

0 komen:

Post a Comment