Showing posts with label misi padang. Show all posts
Showing posts with label misi padang. Show all posts

Misi Kemanusiaan Padang6

01 Januari 2010

4.00 pagi, perlu bersiap awal. Sujud Sejadah di masjid. Mak saya sering membebel jika terlepas ikuti sujud sejadah setiap pagi jumaat. Macam-macam dikatakannya. Sudah terbiasa kini.

7.25 pagi, bersarapan awal selepas bermesyuarat sesudah subuh. Kami akan menuju ke Aur Malintang. Menyampaikan sumbangan kepada Bu Nita tidak silap saya. Sambil itu, kami singgah berhenti di Aur Malintang. Kehebatan Allah mencipta makhluk bernama ikan gariang dan kulari (sumber penduduk tempatan). Besar dan gelap warnanya. Air sungai yang tohor menambah keindahan ciptaan. Pengunjung boleh melihat ikan tetapi tidak dibenarkan menangkapnya kerana dipercayai boleh mendatangkan mudarat. Ikan ini hanya boleh dimakan ciek stahun. (sekali setahun) iaitu pada hari Maulud Nabi Muhammad s.a.w.
Pak Cik Shukri terjatuh kerana aksi stunt tidak menjadi. BAtu licin dijaknya lalu tergelincir dan luka di kepala serta betis lebam sedikit.

10.00 pagi, kami kembali ke kampung angkat untuk memastikan sumur siap dibina. Mesin diaktifkan dan air mata air mula keluar melalui saluran paip.

12.30 t/hari, bersolat jumaat di Masjid kampung angkat HALUAN.
Sumber air semata-mata mengharapkan air hujan yang turun. Andai kemarau berlaku, maka keringlah kolam takungan. Maka akan menambah kesukaran jemaah mengambil wudu'.
Suasana di dalam masjid begitu menyayat hati. Gempa menyebabkan pemandangan dalam masjid cacat. Lantai yang tidak berkarpet seperti di Malaysia. Mimbar yang dhaif. Menitis air mata apabila saya melihat wajah jemaah setempat. Bagaimana selesa kita di Malaysia berbanding mereka di sini. Namun, hakikat Iman bisa menguatkan semangat mereka disini. Tarbiah perlu diambil daripada kifarah yang diberikan Allah. Tanda Dia sayangi kita ialah melalui ujian Nya.
Mengejutkan saya... Pak Khatib ,Pak Imam dan kepala Desa menghisap rokok didalam rumah Allah ini. Tepuk dahi saya...

2.00 petang, kami makan di Pantai Pauh, Restauran Pincalang. Pekerjanya berasal daripada Johor kerana ibubapanya berpindah daripada Indonesia ke Johor dan melahirkannya di Johor. Sewaktu membayar, saya bercanda dengan pekerja tersebut dan he he... dapat diskaun 5,000 rupiah.

4.32 petang, Ustaz Naufal membawa kami ke Kota PAdang iaitu pusat gempa bumi. Saya takjub melihat bangunan yang runtuh akibat gempa seperti dipilih Allah. Penduduk berkata, gempa ini menyucikan bandar daripada aktiviti kotor pelacuran (wasata).
Kami membeli buku di kedai Mardhotillah. Pak Cik Zainal belanja saya 50,000 rupiah. Dapat membeli buku Mengintip Ngerinya Neraka. Duit saya sudah dihabiskan di Masjid dan penduduk di lokasi aktiviti medic dan trauma healing kami. Lagipun duit yang di pegang adalah duit HALUAN yang berikan. Bukan milik saya. Saya perlu kembalikan kepada yang perlu menerima wang tersebut.

8.15 malam, kami meraikan majlis perpisahan antara sukarelawan Indonesia dan HALUAN di Restauran DAun Pisang. Sebelum itu, kami sukarelawan HALUAN di bawa merasai sate Danguang DAnguang.
Majlis perpisahan dimulakan dengan ucapan Pak Cik SHukri dasusuli Ustaz Fazrol dan Ustaz Ridhuan selaku pihak sukarelawan Indonesia. Sedih juga kerana Febri tiada waktu itu.

10.00 malam, kami bersurai dan pulang ke rumah tumpangan.
Malam ini tokey berniaga. Pak Cik ZAinal sihat dan mahukan tenaga lebih. Esok kami berangkat pulang. Di Dalam fikiran saya, adakah dapat ketemu mereka lagi dan Febri khususnya. Saya suka dengar dia berkata mengikut loghat Minangkabau. Teringin ceriakan dia lagi. Dia pernah beritahu, ayahnya sering sibuk bekerja dan walaupun dia temani ayahnya memandu bas, terasa jauh dengan kebahagiaan. kalau saya perdana menteri, teringin dapatkan kerja untuk ayahnya yang pasti banyak masa diluangkan bersama keluarga.
Saya sendiri pernah merasai perasaan terasing kerana anak kedua bongsu. Adik yang sering dapat belaian. Manja pula tu dia nya. Saya selalu ditinggalkan abah sebab nakal sangat kot. SAya tidak mahu ada lagi orang yang merasai perasaan sedih seperti saya dahulu.

Misi Kemanusiaan Padang5




31 Disember 2009


4.30 pagi,
lewat sedikit bangun tidur. Pagi lagi perut saya meragam. Kuat makan mungkin. Terlewat ke Masjid. Pagi ini, terasa luar biasa. Terpandang di langit dan terlintas di fikiran. SAya di bumi Minangkabau sekarang. Kemana pergi sekalipun, terasa Ihsan kepada Allah. Kenapa sedih selubungi jiwa. Saya biarkan berlalu.


6.15 pagi,
Adam dan ibubapanya kembali pulang ke Malaysia. Ustaz Naufal menghantar ke lapangan. Saya dan sukarelawan lain berehat. Terlupa catatkan. Pak Cik Zainal demam semalamnya. Dia pakai stokin dan berselimut tebal seperti orang mengandung. Saya berikan ubat yang dinasihatkan Dr Roslan. Pagi ini tokey Radix tidak berniaga kerana demam.


8.00 pagi,
Ustaz Naufal menjemput kami dan bersarapan pagi di kedai 1000 kenyang. Pak Cik Abdullah selesaikan hutang semalam iaitu 3 tea manis tidak berbayar. Kini halal sudah. Operasi kami sepanjang hari ini di kampung angkat HALUAN. Kami diamanahkan untuk membina sumur bertujuan meringankan beban penduduk kampung mendapatkan air.

Miong Aji berusia 70-an. Katanya untuk mendapatkan air, dia perlu ke sungai jaraknya 500m daripada rumahnya di atas bukit. Bekerja sebagai pesawah dan bertani untuk menampung keluarga yang semakin ramai. Dia dibantu anak dan menantu jua. Rumah telah runtuh akibat gempa bumi.
Selain daripada saya dan mak cik Noriah, sukarelawan lain berusaha mendapatkan sumber mata air sedalam 10m dalamnya ke dasar bumi. Saya menebas rumput sekeliling bagi menerangi laluan ke sumur. Miang rumput menyebabkan tangan saya gatal-gatal dan segan menghulurkan tangan kepada orang lain. Pak Cik Zainal yang demam turut membantu dapatkan sumber mata air. Pak Cik Abdullah yang kerap kali terjatuh ke dalam lubang air ditertawakan yang lain.

2.00 petang,
sebahagian sukarelawan dihantar pulang rumah kerana perlu bersiap memenuhi jemputan Radio Damai 101.4fm. Pihak radio ingin menemuramah 3 orang sukarelawan iaitu Pak Cik Shukri, Pak Cik BAdri dan Mak Cik Noriah.


5.00 petang,
kami tiba di pejabat Radio Damai. Secara tiba-tiba, Mak Cik Noriah tarik diri daripada ditemuramah. Saya dipaksa mengisi kekosongan. Mujur sudah terbiasa berhadapan situasi ini. Memang muka dibuli selalu. maklumlah, saya paling muda dalma team-10 ini. Pengalaman pertama berkeudara di corong radio. Ha ha...
Di MAlaysia mungkin mustahil tetapi di Indonesia, merasa juga. Abang saya Ustaz Soleh sering kedngaran suaranya di corong Radio Pahang setiap jam 6petang pada hari Isnin dan Rabu. Kini,adiknya di Radio Damai 101.4fm...


9.00 malam,
kami dibawa ke Restoran Daun Pisang. Makan boleh tahan. Sewaktu Pak Cik Abdullah membayar bil, lagaknya ala orang kaya. Katanya kepada saya. "wah, 300,000 kita malam ni. Mewah betul" Kami membayar makanan Ustaz Ridhuan dan keluarganya sekali. Sebagai tanda penghargaan keberadaan kami di rumahnya.


10.00 malam,
Doktor untuk aktiviti medic tiada jadi kami mengemaskan ubat mengikut jenis masing-masing. Semua bekerja sama. Terharu melihat Pak Cik Zainal dan Pak Cik BAdri membantu bersama. Mereka sudah berlenjun dengan air ketika mencari sumber mata air di kampung angkat siangnya tadi, malam menyusun ubat pula. Hebat sukarelawan HALUAN.

Misi Kemanusiaan Padang4


30 Disember 2009

4.15 pagi,
tidurnya awal jadi bangunnya awal juga. Entah kenapa perut memulas teramat sangat. Mungkin perut saya perlu bertukar isi dalamnya. Selalu isi daripada Malaysia.


6.20 pagi,
Ustaz Fazrol menemani Ustaz Naufal menghantar Dr Diyana dan En Zahir ke airport. Sementara saya dan sukarelawan lain menyediakan bekalan ubat.


8.30 pagi,
puas tunggu mereka balik daripada airport. Akhirnya, waktu sarapan tiba. Kami dibawa merasa makanan di kedai makan 1000 Kenyang. Terletak di Pantai Candoriah. Nasi nya sikit menyebabkan saya menambah satu lagi bungkus. Sedap. Ada begedil sekali. Kedai ini dikira terkenal kerana harga berpatutan dan sedap. Pak Cik Abdullah terlupa ba
yar tea manis 3 cawan. Oh o... Tidak baik tu... Sesudah makan kami menuju ke tempat yang penuh tragis. 9.50 pagi,
kami tiba di Kg Cumanak. Perjalanan yang mendebarkan kerana terkadang tayar kenderaan hampir tenggelam ke dalam lopak tanah yang lembut. Jalan yang sempit juga menambah ketakutan akan berlaku runtuhan tanah sewaktu kami melaluinya. Tidak dipinta.
Terdapat 3 buah perkampungan yang tertimbus antaranya Lubuk Laweh, Pulau Air, dan Cumanak. Sempat menemubual penduduk yang terselamat iaitu seorang nenek berusia 80-an. Katanya dalam loghat minangkabau, anak dan menatu serta beberapa cucunya tertimbus dalam runtuhan. Beliau redha dengan apa yang berlaku tambahnya lagi semua ini takdir tuhan. Seorang anak dara juga tidak kurang kesedihannya kerana kematian ibu dan adiknya. Ayahnya terselamat setelah merasakan tidak selesa hatinya untuk sertai kenduri di kawasan kejadian gempa. Peristiwa ini berlaku ketika raminya penduduk menghadiri majlis walimatul urus. Kami sukarelawan bermesra dan mencuba ceriakan kanak-kanak dan hakikat perasaan mereka tetap hiba atas kejadian yang menimpa. Terdapat sebuah pengongsian hasil sumbangan Yayasan Sheikh Eid Bin Mohamed Al-Thani yang menempatkan seramai lebih kurang 50 orang penduduk terselamat.

11.00 pagi,
kami kembali ke rumah Ustaz Ridhuan kerana Ustaz Naufal perlu menghantar isterinya ke Pariaman atas urusan keluarga beliau. Saya dan Abang Hamdan dibantu peserta lain mengemaskan ubat-ubatan untuk aktiviti terakhir medic dan trauma healing pada petang nya.


2.00 petang,
makan tengah hari di pantai Cermin. Pelik nama ikan yang dijadikan lauk. Ikan Capa. Kelakar bunyi dan membuatkan saya tidak menyentuh hidangan itu. Lauk ayam sudah memadai.
Disini, Febri anak kepada penduduk tempatan yang menjadi pemandu kami sempat bersapa dengan saya. Ehem, berjaya 70% untuk buat dia bersuara. Selepas selesai makan, kami terus menuju ke destinasi.

3.20 petang,
setelah meredah sungai yang agak cetek air tetapi deras arusnya, kami tiba di Dadok Putih Sg Limau.
Tidak pernah saya redah sungai menaiki Kenderaan bernama Zebra (di Malaysia Perodua Rusa). Seperti kuda mengamuk jadinya. Aktiviti dilakukan di surau dadok putih. Bekalan air tidak wujud melainkan sungai menjadi tempat mengambil wudu', tandas untuk membuang air besar dan kecil, dan segala aktiviti berkaitan air perlu dilakukan di sungai. Untuk sampai ke surau, kenderaan kami tidak dibenarkan memasuki laluan kerana tiada jalan lantas ketua pasukan mengarahkan kami memikul kotak ubat menuju ke surau.
Sungai kecil menjadi rintangan. Saya terpaksa melipat seluar ke paras betis dan menanggalkan kasut. Kotak ubat masih dipikul tetapi penduduk setempat begitu hargai kami. Mereka membantu kami semampu kudrat yang dimiliki.
Ustaz Fazrol memainkan peranan trauma healing. Saya tetap menjadi pembantu doktor. Dihati kecil teringin sekali bermain dengan kanak-kanak disini. Pendamkan sahaja biarpun mata sentiasa menjeling ke arah mereka. Sememangnya saya suka kepada kanak-kanak tetapi jika ada anak sendiri, itu lebih daripada yang dipinta.(Tidak sedar diri kot saya ni sebab baru 21 tahun).

7.20 malam,
keletihan memang tidak dinafikan. Dr Saidah dan Dr Roslan begitu juga. Pesakit itdak putus-putus datang meminta rawatan. Ada yang minta dirawat rabun mata. Kata saya, pakai sahaja kaca mata. Muka akan menjadi lebih kacak dan bergaya. Andung (nenek) mengusik saya. Melawak dan bercanda lantas buat hilang kepenatan saya. Cucunya cantik dan jernih wajahnya. Masya Allah ciptaan Nya.
Kami kembali pulang dan sempat saya berbual dengan Andri. Adik ini tinggal bersama ibu dan kakaknya. Ayahnya telah bercerai dan menetap di Jakarta. Cita-cita adik ini ingin menjadi seorang pegawai. Ingin membantu keluarga dan masyarakat tambahnya. Semoga dikabulkan Allah dan segala urusannya dipermudah Allah. Sepanjang perjalanan, Febri mula bersuara. Berjaya. Ustaz Fazrol sudah pecahkan perasaan malunya untuk bersuara. Puas kami berjenaka dan menyanyi lagu malaysia dan indonesia.
Saya pesan padanya, jaga solat 5 waktu dan selalu membantu keluarga. Jangan terlewat untuk berbakti. Allah tidak memberi tahu bila waktu nyawa orang tua kita diambil. Entah esok atau lusa. Febri akur. Ustaz Fazrol dan Adam (anak Dr Roslan dan Dr Saidah) sertai saya dan Febri. Kami berseloroh sehingga tiba ke tempat yang saya suka...


9.15 malam,
tempat yang disukai saya ialah Restoran Pauh. kami menikmati hidangan Nasi Padang. Sambil makan, rupanya cepat peserta lain sedari kemesraan saya dengan Febri dan anak Dr Roslan. Disakat mereka dengan menggelar saya sebagai abang Febri dan Adam. Mereka berdua anak tunggal dalam keluarga masing-masing.


10.30 malam,
bersiap solat jama' ta'khir dan ta, ya, dal, wau, ro...

Misi Kemanusiaan Padang3




29 Disember 2009


4.00 pagi,
lebih awal daripada semalam. Tidak perlu dikunci alarm kerana nyamuk lebih power daripada alarm. Saya tidak boleh 'snooze' tetapi terpaksa bingkas bangun. Darah bertompok di lengan akibat kematian nyamuk yang bersalah kerana kutip derma tanpa izin saya. Perkara yang haram biasanya berakhir dengan dukacita. Pasti isteri nyamuk tadi sedih. Siapa suruh ambil derma tanpa kerelaan.


8.15 pagi,
setelah selesai laksanakan kewajipan seorang muslim, kami ke kedai makan mengisi perut dan sesudah itu kami bertolak ke destinasi seterusnya.


10.45 pagi,
kami tiba di Sungai Geringging, Padang Pariaman. Perjalanan seperti menaiki kuda dan terpaksa bersempit dengan ubat. Perit benar rasanya. Namun, wajah girang pelajar Sekolah Dasar di sini mengembalikan semangat saya. Terus mencapai tangan adik-adik dan bertanya kabar. Terasa seperti selebriti apabila mereka sibuk bertanya "abang orang malaysia ya?"
Ramai yang bertanya. Ingat, Allah inginkan keikhlasan bukan takabbur. Saya bertugas seperti biasa. Pembantu doktor kerana mungkin muka ada gaya doktor. Rakan sukarelawan lain memainkan peranan Trauma Healing. Mereka menceriakan anak-anak dengan pelbagai aktiviti menarik dan memberikan sedikit 'bon-bon'(keropok) dan gula-gula. Letih melayan karenah mak cik dan pak cik di sini. Ada yang mengusik saya kerana muda. Mereka bertanya, "mahu kahwin dengan anak saya?" Hati kecil kata mahu sebab cute anaknya tetapi jauh daripada kampung halaman saya. Lagipun, seperti tidak ikhlas memberi cinta nanti. (jiwang la pulak)

1.30 t/hari,
kami berehat dan berangkat ke Kg Parit Melintang, Pariaman. Perasmian TPA /TPSA Babul Istiqamah Selangor Darul Ehsan oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin. Kami HALUAN peluang kepada penduduk untu rawatan percuma dan ubatan percuma.
Ketika ini, saya mula bergurau dengan Febri. Dia mula mesra tetapi masih malu. Saya minta dia mengambil gambar sekitar program berlangsung. Masih malu dia. Rancangan C perlu saya gunakan. Penduduk begitu ceria mendapatkan ubat percuma daripada saya. Disertakan lawak yang membuatkan penduduk tertawa. Hujan lebat secara tiba-tiba menyebabkan klinik bergerak ditutup. Saya diselubung dengan kanvas oleh sukarelawan lain. Seperti pelarian jadinya.

6.30 petang,
kami kembali ke rumah dengan pakaian yang lembab. Terharu melihat kanak-kanak di sini. Mereka lapar dan terpaksa meminta minta daripada kami makanan. Lebih menyedihkan hati, ibubapa mereka sekadar melihat daripada jauh. Saya fahami jiwa ibubapa mereka kerana saya jua pernah menjadi seperti seorang bapa. Jika dapat menjadi bapa, itu bermakna terkabul doa saya. Tunggulah zaman kerja kelak.


10.45 malam,
Ustaz Fazrol dan Pak Cik Shukri kembali daripada Parit Melintang. Mereka terpaksa pulang lewat kerana perlu hadiri mesyuarat bersama penduduk setempat berkenaan organisasi yang bakal menguruskan TPA / TPSA Babul Istiqamah.
Saya tertidur awal kerana terlalu letih. Ustaz Fazrol beli durian dan makan bersama yang masih terjaga. Tidak adil kerana saya tidak dapat merasa dan tidak disimpan untuk saya. Mujur durian yang dibeli mangkak (tidak masak)...

Catatan Misi Kemanusiaan Padang2


28 Disember 2009

4.30 pagi,
awalnya bangun. Subuh disini lebih kurang 4.50 pagi.

5.40 pagi,
kami bermesyuarat berkenaan hala tuju untuk hari ini. Pak Cik Shukri mempengerusikan majlis kerana beliau ketua misi team-10 ini. Tidak lupa kami muhasabah diri dengan apa yang dilalui seharian hari semalam. Bersyukur Allah masih memberi kurniaanNya kepada masyarakat Malaysia. Merka di Padang mengalami ujian besar. Rumah runtuh, bekalan air bersih tiada melainkan sungai berhampiran. Setiap kali memerlukan air,mereka terpaksa mengangkut air daripada sungai. Bukan semua orang tinggal berhampiran sungai. Bagaimana nasib yang tinggal lebih setengah kilometer jaraknya denhan sungai. Pergi dan balik mengambil lebih kurang 1 km. Berulang kali pula tu seharian


8.10 pagi,
masa yang paling perut saya tunggu. Makan pagi. Menu pecal. Sewaktu memesan air, waitress hairan kerana saya memesan tea o satu. Peserta lain ketawa dan memperbetulkan istilah. 'tea manis' satu. Perbezaan istilah itu membuatkan saya berhati-hati pada masa mendatang. Ingatkan semua serupa sahaja.


10.30 pagi,
baru sehari kami menjadi sukarelawan, dirainya kami ke Danau Sankara, Kabu Paten Solok. Oleh kerana beberapa perkara telah dibatalkan pihak sukarelawan Padang, kami akur dengan sertai Rehlah Tarbawi itu.
Sepanjang perjalan, luasnya bendang sawah ditemui. Rata-rata penduduk bekerja sebagai petani. Sawah bersebelahan rumah sendiri. Ada diantara mereka yang sempat saya bertanya kabar lantas menanyakan kemana padi yang diusahakan itu dijual. Mereka tidak menjual keluar tetapi dimanfaati untuk keluarga sendiri. Saya terpaksa duduk di bahagian belakang pacuan empat roda,ranger. Melambung bila pemandu melanggar lopak-lopak jalan. Sememangnya jalan di sini rosak akibat gempa bumi. Bertemankan penduduk setempat ,bapak Fadhilah, adik Febri, Deddy. Saya belajar beberapa istilah Minangkabau.
*bocak - anak anak *tenda -khemah *ampera -kedai makan *pendi -kereta kuda Banyak lagi yang memang sukar disebut. Kami berhenti di Selaying iaitu lokasi dimana memakan 20 nyawa. Kawasan air terjun yang menarik perhatian itu mempunyai mimpi ngeri penduduk setempat. Laluan ini merupakan satu-satunya jalan dari Padangpanjang ke Kota Padang, ibukota Sumatera Barat. Melintasi Padang Panjang,Kota Serambi Mekah.
Lawati url ini untuk lebih lanjut http://www.padangpanjangkota.go.id/

Juga menjejak tayar tidak kaki di bumi Kabupaten Tanah Datar.


3.00 petang,
kami tiba di destinasi. Keindahan danau sankara yang memukau pengunjung. Kata bapak Marzuli, kejadian gempa padang panjang 1926 mengakibatkan Danau ini tercipta. Kami dibawa meninjau dengan menaiki bot ke sekeliling danau. sayalah penyebab mereka bersetuju untuk menaiki bot. Walhal, ada diantara kami yang tidak bersetuju kerana tiada safety. Bagi saya, datang negara orang bukan senang. Nikmati sebaiknya selagi sempat. Andai berlaku apa-apa, tawakal sahaja. Insya Allah sentiasa selamatkan orang yang berjihad ini.


5.00 petang,
lewat jam ini kami bertolak pulang ke rumah. Kejadian yang 'gawat' berulang. Kenderaan yang dinaiki sebahagian sukarelawan mengalami kerosakan wiper. Hujan lebat mengaburkan pandangan pemandu. Cerun yang dilalui mempunyai kawasan yang mengalami tanah runtuh. Kawasan ini dikabarkan oleh bapak Peri bahawa terkenal dengan kemalangan jiwa. Fuh semangat. Alhamdulillah semuanya selamat.


10.40 malam,
kami tiba di rumah. Sepanjang perjalanan, saya mencuba dekati Febri. Ingin sekali rapat dengannya. Mahu dijadikan kenalan Padang. Dia pemalu rupanya. Terpaksa rancang sesuatu yang boleh paksa dia rapat dengan saya.


11.30 malam,
semua mulai tidur. Tokey Radix berniaga lagi malam ini. Pak Cik Zainal memang lucu. Yang lain sudah melabuhkan mata...

Catatan Misi Kemanusiaan Padang


27 Disember 2009

Pada awalnya agak meragukan bahawa saya terpilih untuk ke Padang,Sumatera Barat. Menjadi sukarelawan bukan suatu yang mudah. Seperti lagu kumpulan Hijjaz,Sunnah Orang Berjuang, banyak nasihat didalamnya. Daripada aspek kewangan, banyak sangat ke duit saya untuk kesana... Namun, inilah pemilihan yang penuh hikmah atas rancangan terarut Allah s.w.t Dia lebih tahu apa yang berlaku.

4.30 pagi,
setelah korban masa tidur sejak 11 malam semalamnya, kami seramai 7 orang berangkat ke LCCT lebih awal. Sekali lagi saya bertanya pada diri, apa benar hari yang sedang dilalui ini atau mainan mimpi seperti mimpi dalam lena sebelum ini. Bimbang sukar berinteraksi dengan peserta lain kerana perbezaan mencecah lebih 20 tahun. Rambut peserta lain sudah dipenuhi uban. Erm, teruskan juga.


7.50 pagi,
Penerbangan kali pertama dalam 21 tahun ini membuatkan saya begitu teruja. Syukur tidak terhingga. Pada September lalu, terlintas dalam doa agar Allah berikan pengalaman menaiki Kapal Terbang ke Mekah. Teringin buat umrah. Noda dalam hati sudah terlalu tebal. Takut Allah laknat saya sewaktu mengadapNya kelak. Ternyata Allah aturkan sesuatu yang istimewa buat saya. Air Asia. Ya, itu nama pesawat yang kami naiki. Sakit hati juga kepada pekerja LCCT. Syampoo mandi dan deodoran baru dibeli dirampas. Rupa saya ada gaya seperti pengganas?


9.00 pagi,
menjejak kaki di Bandar Udara Internasional Minangkabau setelah hampir 1 jam takjub melihat bumi Allah daripada pandangan atas. Ketibaan kami disambut mesra Ustaz Ridhuan dan Ustaz Naufal beserta sukarelawan Indonesia di sana. Melagakan pipi sesama kami sebagai tanda kemesraan saudara seumat. Awalnya kekok kerana biasanya mencium anak kecil sewaktu bekerja sebagai warden rumah anak yatim tetapi kini bapak bapak pula. Layan...


9.50 pagi,
taaruf ringkas disempurnakan. Seterusnya, Ustaz Naufal membawa kami ke Parit Malintang. Berjumpa dengan sukarelawan Malaysia daripada PANTAS, Selangor. Lokasi TPA / TPSA Babul Istiqamah, Seangor Darul Ehsan, Parit Malintang. Sepanjang perjalanan ke destinasi, banyak rumah yang runtuh menyembah bumi. Jiwa mula terusik ingin segera membantu. Tertawa hati kecil melihat penduduk membonceng anjing di depan motor dan belakang mereka. Ustaz Naufal menambah kepastian diri saya bahawa majoriti semua penduduk beragama Islam. Hairan sedikit melihat fenomena membawa anjing seperti membawa kucing yang nyata anjing itu najis berat.


11.30 pagi,
perbualan antara ketua misi Haluan dan PANTAS memakan masa yang panjang. Hampir saya mengeluh kerana bosan menunggu, kami dibawa PANTAS ke beberapa kampung yang menerima bantuan sumur(telaga air) daripada PANTAS. Sebanyak 13 buah sumur didermakan. Selama ini, penduduk mengambil air daripada sumber sungai berhampiran. Agak ringan bebanan mereka apabila menerima bantuan ini. Sumur yang dilengkapi kemudahan mesin penyedut air ke dalam tangki dan disediakan paip untuk menggunakan air tersebut.


12.25 t/hari,
HALUAN dan PANTAS menuju ke Dusun Hulu Banda Tungkal Selatan (Kampung Angkat HALUAN). Kami berbincang mengenai sumur yang ingin disumbangkan. Agak terperanjat mendengar 12meter kedalaman sumber mata air diperlukan. Selama hari ini, saya sekadar tekan suis dan tadah air untuk mandi. Ilmu baru tu...


2.00 t/hari,
HALUAN dan PANTAS berpisah seketika. Kami kembali ke rumah tumpangan iaitu rumah Ustaz Ridhuan sendiri. Peserta lain menarik nafas lega. Semua yang lain sudah berumur dan berkeluarga. Ada yang sudah pencen pun. Kudrat untuk berbakti masih ada. Mereka tinggalkan anak isteri semata-mata berjuang di bumi Minangkabau ini. Tersingkap kisah sahabat yang mengikuti Rasulullah berhijrah ke Madinah sejak 1431 tahun lalu. Pengorbanan mereka lebih hebat daripada kami.


3.15 petang,
tiba di Desa Daduk Sungai Limau. Tinggi ke puncak bukit. Masya-Allah, perjalanan yang berjaya kecutkan perut saya itu begitu menginsafkan. Titian sirat hampir serupa konsepnya. Tersilap sedikit, jauh jatuh ke dalam jurang. Seram...
Kehadiran kami disana rupanya sudah dinanti penduduk. Sayup melihat wajah pasrah mereka. Gempa bumi menghantui kehidupan mereka. Kanak-kanak ada yang gembira dan ada juga yang masih bersedih walaupun hampir 2 bulan peristiwa itu berlaku. Saya diberi tugas menjadi pembantu doktor. Ha ha... Merasa kenali nama ubat yang tergeliat lidah bila disebut dengan laju. Lagak saya ala doktor juga la. "bu', ubat ini dimakan ciek sehari tiuk hari ya..." (puan, ubat ini dimakan sebiji sehari setiap hari ya...)

6.00 petang,
disini sudah gelap langitnya. Kami berkemas dan pulang ke rumah tumpangan. Berhenti solat dan maaaakan. Puas perut saya menyanyi lagu Yang Pernah, Estranged.


11.00 malam ,
setengah jam tadi sampai rumah. Tiba waktu tidur. Kelakar tengok gelagat pak Cik zainal. Teriak nya "kopi Radix". Tambah tenaga katanya. Pak Cik Shukri letak kepala terus lelap. Pak Cik Abdullah melayan tokey Radix. Pak Cik Badri dan Ustaz Fazrol masih bersiap untuk tidur. Masing masing letih tahap 'gaban'.