Hari Terakhir Di Padang

02 Januari 2010

Segalanya diharapkan menjadi ceria buat semua yang diuji Allah. Kami bertolak ke lapangan terbang pada jam 6.00 pagi. Saya berharap dapat berjumpa dengan Febri sebelum naik kapal terbang. Teringin bergambar kenangan dan nasihat yang terakhir mungkin sebelum berpisah. Bersalaman dengan Ustaz Ridhuan dan melambai pisah ke rumah tumpangan yang telah banyak saya dermakan darah untuk nyamuk disana.

Hampir jam 7.00 pagi, kami tiba di lapangan terbang. Saya begitu terasa sayup walaupun hanya seminggu disini. Bertambah terharu melihat Febri dan ayahnya menunggu di lapangan terbang. Kami bergambar dan peluk untuk berpisah. Sempat jua saya berjumpa dengannya. Sebenarnya, saya masih lemah untuk menghadapi saat perpisahan dengan orang yang saya sayangi. Mudah saya sayangi orang lain dan tidak mampu berpisah. Bukan mudah menghadapi saat ini. Wajah saya memegang skrol kejayaan ditemani ibu dan ayah menguatkan diri. Saya mesti jalan kehadapan. Biar apa yang berlaku, saya tetap mesti berjaya dan bermanfaat kepada orang lain.

8.30 pagi, kami terbang meninggalkan bumi Minangkabau dengan kenangan mendalam. Insaf memikirkan masalah saudara. Apa kemampuan saya untuk ceriakan mereka selain berdoa di dalam solat.

10.30 pagi, waktu malaysia, kami tiba. Sepanjang perjalanan di atas pesawat, saya terasa kerdil apabila melihat kerdilnya makhluk dibumi. Selama ini sekadar di kaca tv kelihatan tetapi saya sudah merasainya kini. Kami disambut oleh seketariat HALUAN di pintu keluar. Bersyukur kerana selamat tiba di Malaysia. Kami kemudiannya melakukan sedikit muhasabah dan post moterm aktiviti di Padang.

1.00 t/hari, abang jemput dan balik....

Saya begitu berharap semoga keberadaan saya di Padang dapat mengukuhkan lagi Iman dan Taqwa kepada Allah. Azam untuk kali ini, saya ingin menjejak kaki ke Bumi Mekah. Ingin berdoa dihadapan Kaabah agar ummah Islam bersatu dan saling bantu membantu. Iman saya bertambah dan dilindungi Allah sentiasa. Taqwa kepadanya. Keluarga saya juga dipayungi Rahmat dan Rahim Nya. Petunjuk dan Hidayah Allah sentiasa bersama kami sekeluarga. Saya paling mahukan ayah menjadi Imam solat untuk 2 rakaat bersama keluarga sudah dikira kepuasan diri saya. Saya mahukan cemerlang didunia dan Akhirat... Insya Allah dakwah berterusan. Islam gemilang hingga keakhirnya...

0 komen:

Post a Comment