Misi Kemanusiaan Padang5




31 Disember 2009


4.30 pagi,
lewat sedikit bangun tidur. Pagi lagi perut saya meragam. Kuat makan mungkin. Terlewat ke Masjid. Pagi ini, terasa luar biasa. Terpandang di langit dan terlintas di fikiran. SAya di bumi Minangkabau sekarang. Kemana pergi sekalipun, terasa Ihsan kepada Allah. Kenapa sedih selubungi jiwa. Saya biarkan berlalu.


6.15 pagi,
Adam dan ibubapanya kembali pulang ke Malaysia. Ustaz Naufal menghantar ke lapangan. Saya dan sukarelawan lain berehat. Terlupa catatkan. Pak Cik Zainal demam semalamnya. Dia pakai stokin dan berselimut tebal seperti orang mengandung. Saya berikan ubat yang dinasihatkan Dr Roslan. Pagi ini tokey Radix tidak berniaga kerana demam.


8.00 pagi,
Ustaz Naufal menjemput kami dan bersarapan pagi di kedai 1000 kenyang. Pak Cik Abdullah selesaikan hutang semalam iaitu 3 tea manis tidak berbayar. Kini halal sudah. Operasi kami sepanjang hari ini di kampung angkat HALUAN. Kami diamanahkan untuk membina sumur bertujuan meringankan beban penduduk kampung mendapatkan air.

Miong Aji berusia 70-an. Katanya untuk mendapatkan air, dia perlu ke sungai jaraknya 500m daripada rumahnya di atas bukit. Bekerja sebagai pesawah dan bertani untuk menampung keluarga yang semakin ramai. Dia dibantu anak dan menantu jua. Rumah telah runtuh akibat gempa bumi.
Selain daripada saya dan mak cik Noriah, sukarelawan lain berusaha mendapatkan sumber mata air sedalam 10m dalamnya ke dasar bumi. Saya menebas rumput sekeliling bagi menerangi laluan ke sumur. Miang rumput menyebabkan tangan saya gatal-gatal dan segan menghulurkan tangan kepada orang lain. Pak Cik Zainal yang demam turut membantu dapatkan sumber mata air. Pak Cik Abdullah yang kerap kali terjatuh ke dalam lubang air ditertawakan yang lain.

2.00 petang,
sebahagian sukarelawan dihantar pulang rumah kerana perlu bersiap memenuhi jemputan Radio Damai 101.4fm. Pihak radio ingin menemuramah 3 orang sukarelawan iaitu Pak Cik Shukri, Pak Cik BAdri dan Mak Cik Noriah.


5.00 petang,
kami tiba di pejabat Radio Damai. Secara tiba-tiba, Mak Cik Noriah tarik diri daripada ditemuramah. Saya dipaksa mengisi kekosongan. Mujur sudah terbiasa berhadapan situasi ini. Memang muka dibuli selalu. maklumlah, saya paling muda dalma team-10 ini. Pengalaman pertama berkeudara di corong radio. Ha ha...
Di MAlaysia mungkin mustahil tetapi di Indonesia, merasa juga. Abang saya Ustaz Soleh sering kedngaran suaranya di corong Radio Pahang setiap jam 6petang pada hari Isnin dan Rabu. Kini,adiknya di Radio Damai 101.4fm...


9.00 malam,
kami dibawa ke Restoran Daun Pisang. Makan boleh tahan. Sewaktu Pak Cik Abdullah membayar bil, lagaknya ala orang kaya. Katanya kepada saya. "wah, 300,000 kita malam ni. Mewah betul" Kami membayar makanan Ustaz Ridhuan dan keluarganya sekali. Sebagai tanda penghargaan keberadaan kami di rumahnya.


10.00 malam,
Doktor untuk aktiviti medic tiada jadi kami mengemaskan ubat mengikut jenis masing-masing. Semua bekerja sama. Terharu melihat Pak Cik Zainal dan Pak Cik BAdri membantu bersama. Mereka sudah berlenjun dengan air ketika mencari sumber mata air di kampung angkat siangnya tadi, malam menyusun ubat pula. Hebat sukarelawan HALUAN.

0 komen:

Post a Comment