Seminggu Berlalu

Assalamualaikum w.b.t

Genap seminggu kembali daripada bumi Padang, Sumatera Barat. Mesej ikhwan disana kerap menghadirkan diri saya seolah olah masih berada disisi mereka. Setiap mesej yang diterima menanyakan, "kapan saudara ke pariaman lagi?"

Buntu untuk membalas kerana bimbang jawapan yang akan dilontar mengecewakan. Semahunya memang teringin penuhi hasrat hati saya. Perkara yang bermain diminda tidak pernah memenangkan emosi. Hikmah yang agung disebalik kesederhanaan ekonomi keluarga yang tidak pernah keluar daripada masalah kewangan telah membantutkan niat sebenar. Hanya lafaz insya Allah terbit dibibir tanda hamba bertawakal kepada Nya.

Saya kini berada di alam nyata. Rehlah semalam memberi Hidayah berterusan hendaknya. Ternyata Allah mendengar pengaduan saya. Ingin kuat semangat dan pertambahan Iman setiap hari dan bermula dengan mudahnya saya bangun Subuh sehingga pelbagai dorongan ke arah keredhaan Nya.

Terkadang darah merah saya masih tidak terkawal. Mazmumah melebihi Mahmudah. Trauma dosa kelmarin melemahkan diri. Kata-kata halusinasi menghina diri seolah-olah tiada tempat bagi saya disamping Allah yang Maha Mulia. Dahulu, saya sering dihina kerana kenakalan.. Guna duit mak ayah tanpa kebenaran. Boleh dikatakan saya pelajar 'wanted' kerana staff di pejabat sekolah menengah mengenali saya. Yang pasti bukan kerana kepintaran. Sudah nasib badan. Kebaikan yang kita lakukan seharian tidak perlu dizahirkan kepada umum namun kesilapan yang seketika dek kerana cetek akal memikirkan akibat buruk sesuatu perbuatan.

Itu semua sejarah. Apa pun, saya yakin sudah semakin bersih. Abah yang pernah teriak sambil tuding jari telunjuk ke muka saya sambil teriak, "kamu anak tak berguna. menyusahkan betul. sikit pun aku tak percaya kat kamu". Hari ini, abah rindu bila saya jarang pulang rumah. Siapa lagi yang sanggup potong kuku dia sambil mulut berleter marah-marah. Kuah gulai pun siapa lagi yang mahu tuangkan. Hehe... Bukan membodek tetapi perasaan sayang hadir setelah merenung wajah sayup mak abah sewaktu mereka tidur. Lucu juga tengok mak tidur ternganga. Letih betul dia. Abah semakin tua semakin melarat sakitnya. Perut seperti kandungkan adik baru untuk saya.

Sahabat sekalian, drama yang saya lakonkan sepanjang di Padang dengan pengarahnya kita semua tidak dapat melihat (Allah) memang memberikan keinsafan. Apa tindakan kita selepas mengetahui masalah saudara seislam kita? Kita ada berdoa untuk mereka? Sejujurnya, tanyalah Iman dan beringatlah setiap kali kita merasakan malas untuk beramal soleh dan taat kepada Allah sedangkan suasana disekeliling kita selesa dan damai... Mereka yang berada di dalam tidak keharuan dan kurang selesa, tidak berumah, sukar mendapatkan air, mampu lagi mereka beramal soleh kepada Nya.

Waktu ini, saya hanya mengharapkan Allah tetapkan hati. Sudilah ya Allah untuk saya menjadi tetamu Nya di Makkah. Teringin sujud di depan Kaabah sebelum ajal. Usia mungkin muda tetapi entah esok milik saya lagi nyawa ini mungkin.

Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya.

0 komen:

Post a Comment