Misi Kemanusiaan Padang4


30 Disember 2009

4.15 pagi,
tidurnya awal jadi bangunnya awal juga. Entah kenapa perut memulas teramat sangat. Mungkin perut saya perlu bertukar isi dalamnya. Selalu isi daripada Malaysia.


6.20 pagi,
Ustaz Fazrol menemani Ustaz Naufal menghantar Dr Diyana dan En Zahir ke airport. Sementara saya dan sukarelawan lain menyediakan bekalan ubat.


8.30 pagi,
puas tunggu mereka balik daripada airport. Akhirnya, waktu sarapan tiba. Kami dibawa merasa makanan di kedai makan 1000 Kenyang. Terletak di Pantai Candoriah. Nasi nya sikit menyebabkan saya menambah satu lagi bungkus. Sedap. Ada begedil sekali. Kedai ini dikira terkenal kerana harga berpatutan dan sedap. Pak Cik Abdullah terlupa ba
yar tea manis 3 cawan. Oh o... Tidak baik tu... Sesudah makan kami menuju ke tempat yang penuh tragis. 9.50 pagi,
kami tiba di Kg Cumanak. Perjalanan yang mendebarkan kerana terkadang tayar kenderaan hampir tenggelam ke dalam lopak tanah yang lembut. Jalan yang sempit juga menambah ketakutan akan berlaku runtuhan tanah sewaktu kami melaluinya. Tidak dipinta.
Terdapat 3 buah perkampungan yang tertimbus antaranya Lubuk Laweh, Pulau Air, dan Cumanak. Sempat menemubual penduduk yang terselamat iaitu seorang nenek berusia 80-an. Katanya dalam loghat minangkabau, anak dan menatu serta beberapa cucunya tertimbus dalam runtuhan. Beliau redha dengan apa yang berlaku tambahnya lagi semua ini takdir tuhan. Seorang anak dara juga tidak kurang kesedihannya kerana kematian ibu dan adiknya. Ayahnya terselamat setelah merasakan tidak selesa hatinya untuk sertai kenduri di kawasan kejadian gempa. Peristiwa ini berlaku ketika raminya penduduk menghadiri majlis walimatul urus. Kami sukarelawan bermesra dan mencuba ceriakan kanak-kanak dan hakikat perasaan mereka tetap hiba atas kejadian yang menimpa. Terdapat sebuah pengongsian hasil sumbangan Yayasan Sheikh Eid Bin Mohamed Al-Thani yang menempatkan seramai lebih kurang 50 orang penduduk terselamat.

11.00 pagi,
kami kembali ke rumah Ustaz Ridhuan kerana Ustaz Naufal perlu menghantar isterinya ke Pariaman atas urusan keluarga beliau. Saya dan Abang Hamdan dibantu peserta lain mengemaskan ubat-ubatan untuk aktiviti terakhir medic dan trauma healing pada petang nya.


2.00 petang,
makan tengah hari di pantai Cermin. Pelik nama ikan yang dijadikan lauk. Ikan Capa. Kelakar bunyi dan membuatkan saya tidak menyentuh hidangan itu. Lauk ayam sudah memadai.
Disini, Febri anak kepada penduduk tempatan yang menjadi pemandu kami sempat bersapa dengan saya. Ehem, berjaya 70% untuk buat dia bersuara. Selepas selesai makan, kami terus menuju ke destinasi.

3.20 petang,
setelah meredah sungai yang agak cetek air tetapi deras arusnya, kami tiba di Dadok Putih Sg Limau.
Tidak pernah saya redah sungai menaiki Kenderaan bernama Zebra (di Malaysia Perodua Rusa). Seperti kuda mengamuk jadinya. Aktiviti dilakukan di surau dadok putih. Bekalan air tidak wujud melainkan sungai menjadi tempat mengambil wudu', tandas untuk membuang air besar dan kecil, dan segala aktiviti berkaitan air perlu dilakukan di sungai. Untuk sampai ke surau, kenderaan kami tidak dibenarkan memasuki laluan kerana tiada jalan lantas ketua pasukan mengarahkan kami memikul kotak ubat menuju ke surau.
Sungai kecil menjadi rintangan. Saya terpaksa melipat seluar ke paras betis dan menanggalkan kasut. Kotak ubat masih dipikul tetapi penduduk setempat begitu hargai kami. Mereka membantu kami semampu kudrat yang dimiliki.
Ustaz Fazrol memainkan peranan trauma healing. Saya tetap menjadi pembantu doktor. Dihati kecil teringin sekali bermain dengan kanak-kanak disini. Pendamkan sahaja biarpun mata sentiasa menjeling ke arah mereka. Sememangnya saya suka kepada kanak-kanak tetapi jika ada anak sendiri, itu lebih daripada yang dipinta.(Tidak sedar diri kot saya ni sebab baru 21 tahun).

7.20 malam,
keletihan memang tidak dinafikan. Dr Saidah dan Dr Roslan begitu juga. Pesakit itdak putus-putus datang meminta rawatan. Ada yang minta dirawat rabun mata. Kata saya, pakai sahaja kaca mata. Muka akan menjadi lebih kacak dan bergaya. Andung (nenek) mengusik saya. Melawak dan bercanda lantas buat hilang kepenatan saya. Cucunya cantik dan jernih wajahnya. Masya Allah ciptaan Nya.
Kami kembali pulang dan sempat saya berbual dengan Andri. Adik ini tinggal bersama ibu dan kakaknya. Ayahnya telah bercerai dan menetap di Jakarta. Cita-cita adik ini ingin menjadi seorang pegawai. Ingin membantu keluarga dan masyarakat tambahnya. Semoga dikabulkan Allah dan segala urusannya dipermudah Allah. Sepanjang perjalanan, Febri mula bersuara. Berjaya. Ustaz Fazrol sudah pecahkan perasaan malunya untuk bersuara. Puas kami berjenaka dan menyanyi lagu malaysia dan indonesia.
Saya pesan padanya, jaga solat 5 waktu dan selalu membantu keluarga. Jangan terlewat untuk berbakti. Allah tidak memberi tahu bila waktu nyawa orang tua kita diambil. Entah esok atau lusa. Febri akur. Ustaz Fazrol dan Adam (anak Dr Roslan dan Dr Saidah) sertai saya dan Febri. Kami berseloroh sehingga tiba ke tempat yang saya suka...


9.15 malam,
tempat yang disukai saya ialah Restoran Pauh. kami menikmati hidangan Nasi Padang. Sambil makan, rupanya cepat peserta lain sedari kemesraan saya dengan Febri dan anak Dr Roslan. Disakat mereka dengan menggelar saya sebagai abang Febri dan Adam. Mereka berdua anak tunggal dalam keluarga masing-masing.


10.30 malam,
bersiap solat jama' ta'khir dan ta, ya, dal, wau, ro...

0 komen:

Post a Comment