Misi Kemanusiaan Padang3




29 Disember 2009


4.00 pagi,
lebih awal daripada semalam. Tidak perlu dikunci alarm kerana nyamuk lebih power daripada alarm. Saya tidak boleh 'snooze' tetapi terpaksa bingkas bangun. Darah bertompok di lengan akibat kematian nyamuk yang bersalah kerana kutip derma tanpa izin saya. Perkara yang haram biasanya berakhir dengan dukacita. Pasti isteri nyamuk tadi sedih. Siapa suruh ambil derma tanpa kerelaan.


8.15 pagi,
setelah selesai laksanakan kewajipan seorang muslim, kami ke kedai makan mengisi perut dan sesudah itu kami bertolak ke destinasi seterusnya.


10.45 pagi,
kami tiba di Sungai Geringging, Padang Pariaman. Perjalanan seperti menaiki kuda dan terpaksa bersempit dengan ubat. Perit benar rasanya. Namun, wajah girang pelajar Sekolah Dasar di sini mengembalikan semangat saya. Terus mencapai tangan adik-adik dan bertanya kabar. Terasa seperti selebriti apabila mereka sibuk bertanya "abang orang malaysia ya?"
Ramai yang bertanya. Ingat, Allah inginkan keikhlasan bukan takabbur. Saya bertugas seperti biasa. Pembantu doktor kerana mungkin muka ada gaya doktor. Rakan sukarelawan lain memainkan peranan Trauma Healing. Mereka menceriakan anak-anak dengan pelbagai aktiviti menarik dan memberikan sedikit 'bon-bon'(keropok) dan gula-gula. Letih melayan karenah mak cik dan pak cik di sini. Ada yang mengusik saya kerana muda. Mereka bertanya, "mahu kahwin dengan anak saya?" Hati kecil kata mahu sebab cute anaknya tetapi jauh daripada kampung halaman saya. Lagipun, seperti tidak ikhlas memberi cinta nanti. (jiwang la pulak)

1.30 t/hari,
kami berehat dan berangkat ke Kg Parit Melintang, Pariaman. Perasmian TPA /TPSA Babul Istiqamah Selangor Darul Ehsan oleh Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin. Kami HALUAN peluang kepada penduduk untu rawatan percuma dan ubatan percuma.
Ketika ini, saya mula bergurau dengan Febri. Dia mula mesra tetapi masih malu. Saya minta dia mengambil gambar sekitar program berlangsung. Masih malu dia. Rancangan C perlu saya gunakan. Penduduk begitu ceria mendapatkan ubat percuma daripada saya. Disertakan lawak yang membuatkan penduduk tertawa. Hujan lebat secara tiba-tiba menyebabkan klinik bergerak ditutup. Saya diselubung dengan kanvas oleh sukarelawan lain. Seperti pelarian jadinya.

6.30 petang,
kami kembali ke rumah dengan pakaian yang lembab. Terharu melihat kanak-kanak di sini. Mereka lapar dan terpaksa meminta minta daripada kami makanan. Lebih menyedihkan hati, ibubapa mereka sekadar melihat daripada jauh. Saya fahami jiwa ibubapa mereka kerana saya jua pernah menjadi seperti seorang bapa. Jika dapat menjadi bapa, itu bermakna terkabul doa saya. Tunggulah zaman kerja kelak.


10.45 malam,
Ustaz Fazrol dan Pak Cik Shukri kembali daripada Parit Melintang. Mereka terpaksa pulang lewat kerana perlu hadiri mesyuarat bersama penduduk setempat berkenaan organisasi yang bakal menguruskan TPA / TPSA Babul Istiqamah.
Saya tertidur awal kerana terlalu letih. Ustaz Fazrol beli durian dan makan bersama yang masih terjaga. Tidak adil kerana saya tidak dapat merasa dan tidak disimpan untuk saya. Mujur durian yang dibeli mangkak (tidak masak)...

0 komen:

Post a Comment