Aku Boleh Buat Maksiat


"Orang tak de kat bilik. Aku sorang je yang mengadap laptop. Ha2,bebas nak buat apa saje. Layari laman web lucah...guna jari pun boleh", bisik hati kecil si pelayar internet.

"bukan ada orang tau aku beronani (masturbasi) kat dalam tandas atau dalam bilik. diorang tak nampak dan taunya...", gembira betul si tertipu dengan perbuatan buruknya.

"ah...puan tak perasan aku copy and paste assignment ni. leceh nak taip satu persatu. dah dekat plak tu due date. mati r aku", mudahnya meniru pelajar ni.

"sikit je aku makan. kawan aku tak perasan punya la kuih dia kene kebas..." , selamba kawan ni.

Bila berseorangan di tempat yang mudah terdedah kepada dosa, pasti demon (seperti dalam gambar) tersenyum sinis terhadap cucu Adam yang senipis kulit bawang imannya. Bila-bila masa boleh terperangkap dengan rancangan jahatnya.

Dosa dan noda tidak pernah dipisahkan dengan neraka kerana itulah balasan terhadap kederhakaan iman kepada Allah. Firman Allah didalam surah Al-Zalzala (earthquake) bermaksud ;

"maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun,nescaya dia akan menerima ganjarannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun,nescaya dia akan menerima balasannya" -ayat 7 dan 8

Secara adilnya dan jujur terhadap diri kita, ada terdetik takut atau malu kepada Allah sewaktu melakukan maksiat ? Tepuk dada tanya iman...

Kompromi ? Baik, saya ada berita baik untuk semua. Kita semua dibenarkan lari dari ketetapan taklifi yang disyariatkan. Bukan sekadar bukan Islam, orang Islam pun boleh lepas dari tanggungjawab ini.

Tapi bersyarat...

  • Pertama : jangan sesekali meratah rezeki yang diberikan Allah
  • Kedua : teringin membuat noda maksiat, jangan menjejak kaki di bumi ciptaan Allah ini.
  • Ketiga : sekiranya masih teringin berbuat dosa,jangan sampai Allah tahu segalanya. Selindunglah dimana sahaja.
  • Keempat: sekiranya Sakaratul Maut tiba (ajalmu sudah tiba), minta pada malaikat izrail untuk menunda waktu itu semata-mata untuk beri peluang bertaubat.
  • Kelima : paling hebatnya, sekiranya neraka tempat kamu kelak. Katakan kepada malaikat bertugas bahawa kamu tidak mahu ke neraka dan tidak mahu ikut malaikat itu.
Izin saya mengundur diri. Moga artikel ini dapat muhasabah diri kita semua. Sejujurnya, saya juga pernah tertipu dengan perangkap besar demon. Jahat betul syaitan...

Wallahu 'alam...

0 komen:

Post a Comment