Perjalanan Yang Panjang


Sakit benar pinggang kerana duduk terlalu lama dalam bas. Manakan tidak,dari Kuantan ke Kelantan. Kelajuan terkadang melebihi had laju dan terkadang kereta berenjin 90-an lebih laju memecut.

Itupun mujur bukan berjalan kaki sepanjang perjalanan. Dunia semakin maju. Musafir para mujahid dahulu hanya unta sebagai Mercedes mereka bagi mengharungi 498km. Bukan dekat !

Daripada telentang kepada meniarap. Mencecah 1 tahun 10 bulan, kaki mula melangkah namun tidak bijak mengatur langkah mereka. Kemana sahaja mahu pergi walau tidak ketahui bahaya yang menanti.

Usia yang bertambah semakin hari semakin mendekati tarikh luput hayat setiap bergelar makhluk. Tumbuhan pasti mati kerana tahap kematangan mencapai had batasan. Manusia juga bakal merasai sakaratul maut. Tidak boleh lari !

Suka saya mengingatkan diri sendiri dan kalian, bekalan apa yang dapat kita bawa bersama sementara peluang menggali perigi amal untuk dimanfaati tika usia hidup dan mati kelak diwarisi yang masih hidup.

Liku perjalanan semestinya beronak duri. Tidak mahir seorang pelayar jika berlayar di lautan sepi. Tiada ombak tiada gelora. Ironinya, lautan semestinya tidak lari dari semua itu. Maka lahirlah seorang pelayar yang mahir bermain situasi.

Ketelusan nurani mencari Ilmu sehingga bermusafir ke Kelantan semata ingin membuang jahil agama dalam diri. Kejora Iman menyudahkan akhir perjalanan ke Mahsyar. Berbekalkan 2keping kad didalam poket jubah biru, memberanikan diri merantau ke tempat orang. Tanpa teman setia, gagah berjalan kehadapan. Syukur, apa yang dihajati termakbul jua.

Saat mencium dahi seorang ulama', itulah kemuncak sakinah dalam jiwa.

Ilmu ditimba, pengalaman tercipta, mematangkan fikiran ke alam nyata. Cabaran teriba semula. saya mula mengatur langkah menyambung perjuangan dakwah.

Dahulu emosi dan ego dibarisan awal kalam. Kini, qana'ah menjadi garis panduan.

Dalam menyampaikan dakwah, zuhudkan diri menyembah Rabbi. Tiada Hidayah dapat diberi melainkan Huda memberi. Menyampaikan suatu kewajipan dan menahan mungkar tidak ternafi.

Saya ingin berkongsi artikel berguna buat Syababal Islam semasa fasad menjagkaui kehidupan.

4 tanggungjawab Remaja Muslim

  1. Kita WAJIB sadar bahwa waktu remaja bukanlah untuk bebas,berfoya-foya, tetapi waktu tersebut WAJIB diisi dengan mencari ilmu pengetahuan dan menghayati Agama Islam. Jadikan waktu tersebut sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan apabila kita semakin tua kelak.
  2. Kita tidak mudah terperdaya dengan unsur-unsur negatif. Ambillah budaya yang baik dari siapapun dalam mencari dan meningkatkan ilmu. Tetapi kekalkan akhlak dan cara kehidupan orang Islam. Kita akan menjadi orang yang paling disegani dan dihormati kelak. Kita akan Mulia di dunia dan di akhirat, insya Allah.
  3. Sebagai remaja, janganlah kita menghabiskan masa berkhayal dengan perasaan cinta dan mencari pasangan. Hal itu tidak membawa banyak hasil. Malah waktu kita yang berharga yang sepatutnya dihabiskan dengan mencari ilmu atau berbakti kepada masyarakat.
  4. Hormatilah Orang Tua kita, walaupun pada pandangan kita mereka tidak memahami jiwa dan perasaan kita. Sesungguhnya, Orang tua kita adalah pintu syurga. Sekiranya kita tidak sependapat dengan mereka maka katakanlah dengan nada yang lembut dan sopan, bukan dengan membentak dan menunjukkan marah.

Sekian dahulu mengundur diri... Perjalanan tidak terhenti tika kita menghembus nafas terakir didunia namun masih panjang ke alam Barzakh dan seterusnya...

Pegang tanggung jawab ini bersama.

0 komen:

Post a Comment