Hari Raya Korban


"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir."(Qur'an. S.al-Hajj:27-28)

Daripada firman Allah ini, apa yang betul-betul kita faham dan amalan apa yang mengiyakan firman tersebut? Atau cukup sekadar kita meraikan dengan rutin biasa bila tiba pagi raya.

Bagi saya yang kerdil, puas mengherdik diri untuk menghayati detik bersejarah ini. Bukankah selalu kita diceritakan tentang sejarah Nabi Ibrahim dan anak baginda,Nabi Ismail. Kisah itu benar-benar menguji Iman dan Taqwa kita.

Pada Hari Raya ini cukup untuk kita menzahirkan seketika betapa penting kita sahut seruan Allah didalam ayat 2 petikan surah Al-Maidah, iaitu menyuruh tolong menolong sesama makhluk. Orang kaya bersedekah kepada orang fakir dan memerlukan. Niat ketika bersedekah perlu dijaga dengan sebaiknya agar tidak tergolong didalam orang 'khoosirun'.

Terkenang saya sewaktu raya 2007 lepas. Tidak dapat pulang ke gagang. Banjir yang mencecah 5meer lebih di laluan balik. Polis nasihati agar tidak bergerak kemana-mana. Alamak, duduk di rumahsewa berseorangan. Menangis juga akhirnya. Terdengar takbir bergema dicorong radio. Hanya telefon dapat memahami segala terbeku dihati. Mujur ada kredit untuk ucap kepada Mak.

Terkaku hari ini. Rupanya semua itu adalah kifarah buatku. Sebenarnya, waktu itu saya masih dalam keegoaan tersangat. Rehlah lalu memang memalukan namun, tanpa semalam tidak mungkin hari ini saya mahir bermain ego.

Iktibar terdahulu sebagai pengajaran kini. Puas orang lain berkorban demi melayan karenah nakal saya. Jiwa muda biasa la.... Segala kehendak hati tidak dipenuhi,mangsanya orang terhampir. Sabar mereka itu yang buat saya benar-benar kagum dan menyesal.

Jiwa yang suci berhak dicintai,
Jiwa yang keji usah disimpati...

Keegoan semua itu terhakis selepas setahun bekerja sebagai warden di rumah anak yatim. Ha2,bermain dengan anak kecil memang merumitkan namun korbankan segalanya untuk mencuba sedaya upaya ceriakan mereka yang kehilangan orang tersayang.

Banyak kali, tersentak jiwa apabila episod nakal saya berulang dalam versi terkini lakonan anak yatim ini. Rupanya, banyak boleh kita kaitkan dengan erti korban. Banyak lagi catatan rehlah semalam yang boleh saya kongsi untuk islah diri ke jalan soleh.

Jangan lupa doakan keampunan untuk UMMAT MUHAMMAD dan seluruhnya.

Salam Aidil Adha....

0 komen:

Post a Comment