Konvokesyen Ikip 2009

Berdepan dengan situasi cemas begini yang boleh buat saya lebih matang berhadapan dengan cabaran mendatang. Ini boleh dikira satu cabaran dan juga satu penghormatan. Manakan tidak... Suatu masa dulu, saya ini seorang pelajar yang nakal dan sering membuat masalah disiplin sekolah sehingga ke alam Maahad Tahfiz. Errr.... Memang segan berhadapan dengan masyarakat.

Namun, semua ini adalah cerita yang Allah karangkan untuk saya. Pelbagai hikmah tersembunyi disebalik Rehlah Semalam. Tidak perlu dikesali sehingga membawa kepada berputus asa kepada Rahmat Allah. Buktinya... Perjalanan kehadapan ini semakin cerah dan cerah kini. Moga segalanya akan berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang saya impi selama ini.

Bermula kisah seperti dalam gambar....

Ustaz Rashimi, Pengarah Program Student Of Islamic School, diberi tugas mencari qari' untuk membaca Al-Quran sebagai usaha untuk memberkati Majlis Konvokesyen Ikip 2009 di Yayasan Pahang. Saya sukarela membantu dengan mencalonkan qari' yang berkelayakan. Sebelum itu, pelajar Yarmouk memetik nama saya untuk memegang amanah sebagai qari tersebut. Fuh.... Sebagai langkah keselamatan, saya pun membantu dengan mencalonkan orang lain. Besar tanggungjawab tuh...

Hari semakin suntuk. 3hari lagi majlis akan berlang
sung. Sikap ustaz yang mahukan semuanya perfect menjadikan situasi semakin kelam. Kehulu hilir mencari calon.

Tetiba sahaja, panggilan masuk ke nombor saya. Alamak, ustaz telefon !

Rupanya perkara yang cuba saya hindari terpalit sendiri. Sanggup ustaz datang ke rumah sewa di sg isap damai dan mendengar bacaan Quran saya.

"dah sah, awak je la yang baca quran nanti", tegas ustaz.

Balajar demi belajar bermula dengan zero dalam ilmu tarannum. Ustaz Johari daripada PETAMA (Penempatan Orang Asli) di Kuantan, menjadi guru dalam masa berbaki 2 hari.

Tiba pada masa sepatutnya, jejak kaki ke dalam dewan membuat hati berdebar dan asyik hendak terkencing. Kuatkan azam.

Air cond bukan main kuat lagi. Tidak mampu bertahan. Kali pertama pergi buang air kecil dan terus masuk surau. Cuba power suara kali terakhir kononnya. Tarannum memang tiada. Jam semakin meninggalkan 9pagi.

Masuk semula ke dalam dewan sambil diselimuti baju 'kod' hitam. Tidak membantu langsung. Sejuk sampai ke tulang. Pagi tu dah puas saya tidak banyak minum air manis. Air masak 2 botol ada la.

Kali ke-2 ke tandas. Kali ini lepas check out dari tandas, saya terus ke surau semula. Solat Dhuha pula. Harap Allah mudahkan segala hari ku itu. Percubaan kali ini membua
t saya tekad untuk mengaji seperti biasa tanpa tarannum. Walaupun tahu itu akan mengecewakan ustaz, namun adalah lebih baik daripada saya mengaji dengan tarannum bercampur aduk.

Kali ini sudah pun diumumkan ketibaan semua hadirin dan para graduan. Saya tidak boleh keluar lagi daripada dewan. Saat itu semakin hampir.

Allah............ Macam mana nak buat. Hendak terkencing lagi. Ada satu photo tu saya seperti orang sakit. Tahan kencing sebenarnya.

"kini,marilah kita sama-sama mendengar bacaan ayat suci Al-Quran yang akan diperdengarkan oleh adik Muhammad Haffiz Bin Ramli daripada pelajar semester 2, pengurusan institusi islam", juru acara memanggil nama saya.

Menggigil seketika. Bayangkan. Pundi hendak terkucil. Dada berdebar. Janganlah suaru saya terketar masa tu.

Dimulai ta'wuz dan seterusnya.....

Alahamdulillah. Selesai.

Setibanya ke kerusi yang saya duduk, tidak sedar yang kakak dikerusi belakang memerhati kan saya. Saya mengadu kepada kawan sebelah. Tidak tahan hendak kencing. Dah nak terkeluar....

Kakak tu ketawa dengan kawannya selak. Aduh..... Malu betul. ...

Ha2.... Biarpun apa yang berlaku. Saya telah buktikan kepada Dato' Zulkifli, Pengarah Maahad Tahfiz Yayasan Pahang bahawa saya boleh berubah menjadi orang berguna dan bermanfaat kepada masyarakat kini.

Komen Ustaz Rashimi, bagus bacaan tadi. Asalkan mengaji dengan tawadu', rendah diri dan ikhlas, kamu pasti dapat memikat hati para pendengar dengan isi kandungan ayat bacaan kamu tadi.


0 komen:

Post a Comment