Warkah Buat Abah...



Assalamualaikum,


Dah lama apit nak tulis suara hati apit kepada abah. Tapi rasanya macam abah mungkin tak ambil peduli isi kandungannya. Iyelah, abah dah 69 tahun. Mata tak berapa nak nampak. Panjang warkah apit tu, tak habis dibaca abah kot dek kerana lelah, ghout abah yang buat cepat mengah. Macam mana pun, apit dah siapkan dan abah tengah pun membaca atau acet tolong bacakan untuk abah surat apit ni.

Awalan, maaf dipinta selama hayat abah bersama apit memang banyak terbeban. Apit anak yang ternakal dan degil. Manakan tak, marah abah sampai nak jualkan apit kepada orang lain. Seingat apit, lampu kereta pernah apit pecahkan. Abah tu yang selalu tinggalkan apit. Anak yang lain selalu dapat ikut pegi triang, jalan sekampung. Tu tanda budak-budak protes. Harap abah tak simpan sampai hari ni.


Ada satu hari tu, Abah marah sebab apit lempar dari jauh mancis yang abah minta untuk bakar sampah. Pandai abah umpan apit sampai apit datang kat abah. Lepas dapat je abah cekup tangan apit, macam harimau lapar dibuatnya. Cubit merata-rata, lempang tu dah jadi kewajipan. Aduh, apit kata dalam hati, "ada ubi ada batas. Nanti abah dah tua, tak larat nak kejar apit dah. Masa tu apit nak balas dendam balik..." tapi tu apit yang dulu. sekarang dah rasa berdosa sangat sebab fikir macam tu.

Nostalgia tak dapat apit lupakan, jeritan "kamu memang menyusahkan aku. Aku tak percaya kat kamu lagi". Abah menempik . Bukan sekadar seribu retak dihati apit tapi berjuta sampai apit dah macam mayat yang dipapah orang untuk berdiri kaku depan kereta Kak Ngah. Tangan yang menghayun buaian, mengurut manja sambil sedih dipujukkan lara,

"abah tengah marah sangat tu. Kamu jangan terasa sangat. Abah acah je tu... Dia sayang sangat kat kamu. Siapa suruh kamu hisap rokok. Dah mak abah kene panggil masuk pejabat pengetua. Kamu pun kene gantung pula tu". Mak bersuara.

Masa form5 dulu, abah tak tau yang apit hisap rokok sebab pendek akal dalam buat keputusan. Apit tension sangat. Abah dan mak ada masalah masa tu. Apit pula kene tuduh mencuri sampai kawan-kawan tak dekat dengan apit. Diorang mengelak dari berkawan dengan apit. Sedih betul. Opah pula meninggal dunia. Bertubi-tubi datang. Allah dah sediakan hari ni untuk apit. Untuk cemerlang, laut yang diredah pelayar mestilah berombak dan bergelora. Barulah dapat menjadikan pelayar tu mahir dan bijak tangani dugaan dan cabaran...


Berdosa besar derhaka pada mak abah. Apit menyesal dan benar-benar takut andai peristiwa hitam dan pahit tu berlaku lagi. Moga Pencipta hati ini tak membolakkan hati ke arah silam yang penuh sirna noda.
Apit dah bangkit abah. Semua usaha sekarang, semata-mata nak tebus silap lampau. Harap abah sempat tengok apit ke atas pentas ambil sijil kejayaan. Abah kene kuat lalui hidup bergelar 'pesakit'. Abah mesti kuat sebab apit nak mak dan abah naik pentas bersama mengambil kalungan penghargaan dari Kolej. Moga apit berjaya mencipta sejarah manis dalam diari hidup ni.

Abah hebat sebenarnya. Biarpun tak aktif seperti dulu, hutang apit pada abah segar diingatan abah. Apit memang sering minta duit pada abah. Sebenarnya banyak duit abah yang beri pada apit, dapat ke tangan orang susah. Apit nak abah bersedekah selalu. Kalau apit beri duit pada orang, bermakna duit abah juga. Kat situ, abah dah bersedekah dan sedekah tu harap dapat bantu abah ke syurga.
Setiap malam dan sujud, tak pernah tertinggal serangkap doa khas untuk abah dan mak. Jadi, abah mesti sembuh dan bertahan sampai waktu yang paling abah nak tengok.

UPSR, apit tak dapat berikan seperti harapan abah. Abah cakap masa atas motor nak hantar apit pergi tuisyen Bahasa Inggeris. Apit ingat semua tu abah. Tapi, 3A 2B hadiah buruk untuk abah. Tu yang apit mampu. Abah sedih dan mula kecewa dengan apit.
Tapi, sekarang apit dah lain. Hidup apit penuh dengan matlamat dan impian bersulam usaha yang benar-benar apit tak sangka. Apit dah berubah.... Terima kasih abah sebab pukul apit masa kecil. Marah mu, adalah tanda Sayang mu padaku ABAH....

Jari yang menuding hina apit dulu, dipotong kuku sesekali apit balik cuti. Kuah gulai yang menjadi penyedap makan abah, apit tuangkan. Air yang melegakan tercekik abah, apit penuhkan gelas. Siap dengan penyedut air. Abah dah tak boleh aktif macam dulu. Semua ni adalah peluang untuk apit tebus salah lalu. Allah beri masa pada apit untuk berbakti pada abah. Moga semua ni dapat jadikan doa apit untuk mak dan abah makbul kerana apit cintakan gelaran dari Allah untuk apit sebagai Anak Soleh. Ustaz cakap, doa Anak Soleh makbul. Kalau doa apit makbul, mak dan abah pasti ke syurga.

Sempena hari Bapa, apit luahkan semua ni pada abah.

Selamat Hari Bapa Abah........ dari anak mu, haffiz

3 komen:

terdetik dari hati untuk menaip warkah sempena hari bapa tempoh hari. diupdate kepada tarikh ni. sayangi bapa anda

 

salam..sdih sgt warkah ni..
sayangilah ibu bapa kita..
smg dpt capai cita2 y diimpikan..
insyaallah..amiiinnn.. ;)

 

amenn..
moga,apit jadik anak soleh
anak..yg qurwataa'yun....
he3...

 

Post a Comment